Autumn in Japan : Part 1 Persediaan Sebelum Keberangkatan.
Selepas beberapa bulan berlalu, maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu, 28 November 2013. Hari keberangkatan ke Jepun dari Terminal Tambang Murah (LCCT) ke Kansai International Airport (KIX) di Osaka Jepun.
Ini merupakan trip perseorangan pertama dan julung-julung kalinya bagiku ke luar negara.
Selama aku berada di Jepun, aku telah melawat 24 buah bandar (City/ Village) yang terletak di dalam 8 buah wilayah (Prefecture) !!
Memang sangat memenatkan.
Sebab jarak antara bandar-bandar ni ada yang dekat tapi kebanyakannya jauh.. (Tokyo-Osaka 9 jam !!).
Macam pertandingan mencari harta karun pula. Tapi puas hati. Sangat puas hati...
Bandar-bandar yang aku lawati ialah seperti berikut:
1) Osaka City, Osaka Prefecture
2) Minoh City, Osaka Prefecture
3) Takarazuka City, Hyogo Prefecture
4) Amagasaki City, Hyogo Prefecture
5) Kobe City, Hyogo Prefecture
6) Kyoto City, Kyoto Prefecture
7) Nara City, Nara Prefecture
8) Asuka Village, Takaichi District, Nara Prefecture
9) Hiroshima City, Hiroshima Prefecture
10) Miyajima Island, Hatsukaichi City , Hiroshima Prefecture
11) Fukuyama City, Hiroshima Prefecture
12) Okayama City, Okayama Prefecture
13) Chuo City, Tokyo Metropolis
14) Adachi City, Tokyo Metropolis
15) Arakawa City, Tokyo Metropolis
16) Chiyoda City, Tokyo Metropolis
17) Minato City, Tokyo Metropolis
18) Setagaya City, Tokyo Metropolis
19) Shibuya City, Tokyo Metropolis
20) Shinjuku City, Tokyo Metropolis
21) Sumida City, Tokyo Metropolis
22) Taito City, Tokyo Metropolis
23) Toshima City, Tokyo Metropolis
24) Nagano City, Nagano Prefecture
Sebelum aku bercerita mengenai perjalanan ke Jepun selama 11 hari dari 28 November 2013 hingga 8 Disember 2013 ni, ada baiknya kalau aku kongsikan beberapa persiapan sebelum ke Jepun.
Trip aku ke Jepun ni boleh dikategorikan sebagai trip backpacker, sangat-sangat budget, dan semi-solo.
Kenapa backpacker? sebab aku gunakan 2 beg sandang semasa trip ni, 1 beg besar (untuk letak baju dan bekalan makanan) dan 1 lagi beg sandang kecil (untuk digunakan sehari-harian di Jepun). Di samping itu, aku juga menggunakan 1 body bag kecil, untuk menyimpan beg dompet, passport, tiket dan pelembap (moisturizer). Aku tak bawa pun beg roda, malas nak tarik-tarik.
Kenapa sangat-sangat budget ? Sebab aku tak ada banyak duit..hahaha.. dan sebab Jepun ni serba-serbinya mahal. Lagipun niat aku bukan untuk bercuti, bersenang-lenang, shopping..bukan itu tujuannya.. tapi untuk mengembara dan menimba pengalaman dari Negara Matahari Terbit ni.. mudah-mudahan bermanfaat untuk diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara.
Kenapa semi-solo? Sebab aku travel seorang diri dari Malaysia. Tetapi di Jepun aku ada kawan-kawan local orang Jepun yang menetap di beberapa buah bandar yang akan aku kunjungi. Selama 11 hari aku di Jepun, 6 hari aku mengembara sendirian dan baki 5 hari lagi bersama kawan-kawan orang Jepun.
TIKET KAPAL TERBANG
Memandangkan aku travel secara super budget, maka aku telah memilih penerbangan yang paling murah. Tak lain dan tak bukan, AirAsia. Tiket perjalan pergi ke Jepun aku beli dalam bulan 7 dengan kos sebanyak RM 280. Memang antara yang termurah di DUNIA. Mana boleh dapat perjalanan sejauh lebih 6 jam dengan harga ini? Tiket pulang pula, aku beli sekitar bulan 8 dengan harga RM430.
VISA
Tak payah !! Sebab bermula dari 1 Julai 2013, warganegara Malaysia yang memegang passport yang menepati piawaian ICAO (International Civil Aviation Organization) adalah dikecualikan dari memohon visa. Orang Malaysia akan dapat Landing Permission selama 90 hari. Boleh rujuk laman web ini. Bangga juga lah sebab di Asia hanya 8 buah negara yang dikecualikan dari visa ni.
BAJU SEJUK
Oleh kerana hujung November dan awal Disember merupakan penghujung musim luruh dan permulaan musim sejuk, maka baju sejuk adalah wajib. Tapi sebab aku travel extra budget, jadi aku pakai sahaja lah jaket dan baju sejuk nipis yang pernah aku guna waktu kursus di Genting Highland dulu. Nak beli tapi macam sayang pula duit.
Tapi masalahnya, jaket aku ni boleh tahan dalam suhu sekitar 10 darjah celcius ke atas sahaja, sedangkan suhu di Jepun waktu ini ada kalanya jatuh sehingga 4 darjah. Jadi macam mana???
Tak kan lah nak menggigil-gigil pula di Jepun nanti.. hilang mood nak berjalan-jalan..
Apa yang aku buat, waktu di Jepun tu, aku pakai T-shirt 3 lapis. Lepas tu aku pakai sweater. Dan lapisan terakhir aku pakai jaket nipis kalis angin.......5 lapis !!
Lepas tu aku pakai muffler scarf untuk mengelakkan leher jadi beku (aku beli pashmina RM10 di Central Market dan convert jadi muffler..hahah) dan juga topi salji (yang boleh tutup telinga sekali.
Penting supaya telinga tak sakit kesejukkan) serta sarung tangan yang aku beli di Daiso di Tokyo (harga 105 yen).
Sebenarnya ni kali pertama aku ke negara yang ada musim sejuk. Jadi aku kena sedia lebih sikit lah sebab aku pun tak pasti macam mana sejuknya di Jepun tu nanti.
MAKANAN
Semua sedia maklum bahawasanya Negara Jepun ni memang tak ramai orang Islam. Oleh sebab yang demikian, makanan halal adalah sukar untuk didapati.
Selain itu, harga makanan di Jepun juga adalah mahal. Biasanya dalam 3 atau 4 kali ganda harga di Malaysia. Contohnya sepinggan nasi lengkap dengan lauk-pauk di Malaysia kita boleh dapat dalam RM6. Tapi di Jepun harga standard dalam 900 Yen ke atas (lebih kurang RM 30 mengikut kadar tukaran pada waktu aku ke Jepun tu).
Maka, aku pun beli lah barang-barang makanan dari KL untuk di bawa ke Jepun. Antaranya ialah magie cup, magie paket, roti Gardenia (pastikan beli sebelum berangkat dan tarikh luput yang panjang supaya tahan lama), tuna dalam tin, kari ayam dalam tin, biskut peanut butter, coklat dan keropok. Aku bawa juga Horlicks dalam paket..
PENTING : Sebarang produk berasaskan ayam adalah dilarang dibawa masuk ke Jepun. Tapi sebab aku tak tau, jadi aku bawa je lah ayam dalam tin. Nasib baik kastam Jepun tak cek dalam-dalam kat beg aku.
PENGANGKUTAN DI JEPUN
Ini adalah SANGAT PENTING. Sistem pengangkutan awam di Jepun adalah sangat efisien tapi MAHAL.
Contohnya, tambang shinkansen (kereta api peluru) dari Osaka ke Hiroshima adalah sebannyak 9950 Yen (RM315) dan dari Tokyo ke Osaka 13750 Yen (RM435) !!! Macam mana, murah tak??
Itu baru sekali jalan (sehala). Kalau banyak duit tak apa. Kalau tak berapa nak banyak duit macam aku ni??
Ok, jangan risau. Aku ada beberapa solusi untuk masalah ini.
1) Beli JR Pass unlimited ride selama 7 hari. Harga ?? 28 300 Yen (Sekitar RM900 duit Malaysia). Pengsan..mahal.. aku tak mampu. Tapi bagi yang berkemampuan pas ini adalah murah sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan harga sebenar tiket kereta api (tren) yang akan anda bayar tanpa JR Pass ni.
Hanya untuk warga negara asing dan hanya boleh dibeli di luar Jepun.
REJECT (sebab tak mampu)!!
2) Beli Japan Bus Pass. Japan Bus Pass membolehkan anda menaiki bas express antara bandar (jarak jauh), yang berada di bawah kendalian syarikat bas Willer Express selama 3 hari atau 5 hari, bergantung kepada jenis pas yang anda beli. Aku beli Japan Bus Pass untuk 3 hari yang berharga 10 000 Yen (lebih kurang RM320).
Apa kelebihan Japan Bus Pass ni?
Pertama : kita boleh menaiki bas jarak jauh selama 3 hari tanpa had (unlimited). Walaupun dia kata unlimited, tapi sebenarnya dalam masa sehari kita hanya boleh menaiki bas maksimum 3 kali. Contohnya pada 8 December aku telah menaiki bas dari Tokyo ke Nagano balik semula ke Tokyo dan bas Tokyo ke Osaka. 3 kali !! Tak ada caj tambahan sesen pun.
Kedua : Japan Bus Pass ni kita boleh guna untuk 3 hari, tapi tak semestinya hari yang berturut-turut. Contohnya selama aku di Jepun, aku telah menggunakan bas ni pada 30 November, 2 Desember dan hari terakhir 6 Desember. 3 Hari ! Tak ada bayaran tambahan pun. Cuma harga pass sahaja 10 000 Yen untuk keseluruhan 3 hari.
Ketiga : Aku dapat menjimatkan kos peginapan sebab boleh naik overnight bus. Dalam erti kata lain, tidur dan bermalam dalam perjalanan. Contohnya pada 2 Desember aku naik bas dari Kyoto ke Tokyo yang mengambil masa selama lebih kurang 9 jam. Bertolak dari Kyoto Station jam 10.30 malam, sampai di Tokyo Station jam 8 pagi keesokan harinya. Tidur dalam bas! Jimat kos hostel/hotel.
Macam mana nak beli pas ini??
Sila layari laman web ini dan daftar (sign up) sebagai ahli Willer Express. Selepas dah daftar, masuk password semua, silalah klik "Purchase Japan Bus Pass". Lepas tu ikut sahaja arahan yang diberikan.
Selepas pembayaran dah dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit, mereka akan hantar 1 emel pengesahan ke emel kita. Perlu diketahui bahawa Japan Bus Pass ini adalah tanpa kertas (paperless). Kalau nak print emel tu lagi baik (tapi aku tak buat pun, aku salin sahaja nombor ID pass).
Susudah itu, bolehlah mula menempah perjalanan bas dan destinasi serta waktu yang dikehendaki. Sila print atau salin butir-butir yang penting seperti waktu dan tempat bas bertolak dan tiba. Tapi staff tak minta pun apa-apa dokumen KECUALI passport untuk pengesahan. Aku tak print apa-apa pun.
Maka, gunakanlah JAPAN BUS PASS dari Willer Express : Murah dan Selesa (Tapi lambat berbanding shinkansen !!) Sila rujuk laman web Willer Express ini untuk maklumat lanjut.
OK, sebenarnya tips di atas adalah untuk mereka yang berhajat untuk mengembara dari satu bandar ke satu bandar yang lain dan jaraknya jauh. Contohnya pesawat mendarat di Kansai, Osaka tapi nak ke Hiroshima atau Tokyo. Kalau hanya nak melawat bandar-bandar di sekitar kawasan Kansai (Kansai Region) contohnya Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara, maka Japan Bus Pass ini adalah TIDAK DIPERLUKAN.
Mengenai pengangkutan, hanya ini yang perlu diuruskan sebelum keberangkatan ke Jepun. Tiket subway, bus dalam bandar atau kereta api nanti kita akan beli bila dah sampai di Jepun.
PENGINAPAN
Memandangkan aku ni nak bermusafir secara kos rendah, dan dengan mengambil kira kos penginapan yang agak tinggi di Jepun, maka aku telah menumpang selama 5 malam di rumah kawan-kawan ku, orang local Jepun yang tinggal di Takarazuka (3 malam) dan Fukuyama (2 malam).
Memang aku sangat-sangat terhutang budi dengan mereka berdua ni. Sebab ??
1) Aku dapat menjimatkan kos penginapan dalam anggaran sebanyak RM300 untuk 5 malam tu.
2) Aku dapat melihat dan merasai sendiri kehidupan dan rumah orang Jepun serta adat budaya mereka.
3) Bukan setakat benarkan aku menginap, siap jadi tour guide aku lagi ! pergi jalan-jalan sama-sama dan yang ada kereta tu, siap jemput dan hantar ke stesen kereta api/bus..
Mana nak dapat?? Ini Jepun ni, yang memang mahalnya ya ampun. Memang jimat gila-gila lah dengan diorang.
Mereka juga lah yang jadi JAKIM aku, walaupun bukan Islam tapi sangat mengambil berat pemakanan orang Islam. Siap translate secara detail bahan-bahan dalam makanan dan sumber-sumbernya.Memang aku berterima kasih sangat-sangat. ありがとうございました !Arigatou gozaimashita !
Baki 5 malam lagi??
#2 malam aku tidur di Dorm Hostel Ebisuya di Tokyo; hostel yang termurah di Tokyo tapi kualiti, kebersihan, kemudahan dan hospitaliti yang diluar jangkaan bagiku..tidak setimpal dengan harganya yang murah. Secara keseluruhan aku sangat puas hati walaupun ada beberapa perkara berbangkit yang mendatangkan sedikit ketidakselesaan..
Ada masa nanti aku cerita secara lebih terperinci..
Ini pun adalah sangat PENTING ! Sila buat tempahan awal untuk hostel/hotel bagi mengelakkan hostel yang anda kehendaki fully booked. Biasanya hostel yang murah-murah ni memang cepat habis ditempah. Biasanya kalau urusan tempah menempah hotel ni, aku akan gunakan Booking.com. Bayaran semua akan di buat waktu check in nanti di Jepun (cash).
#2 malam tidur dalam bas Willer Express (dalam perjalanan)..
#1 malam lagi tidur di McDonald + 7-11..hehehehe.. yang ini pun nanti ada masa aku cerita...
BAHASA
Mungkin ramai juga yang telah tahu, di Jepun adalah SUKAR untuk menemui orang-orang yang boleh berbahasa Inggeris. Maka, sekiranya anda boleh berbahasa Jepun, itu akan banyak membantu dan memudahkan perjalanan dan segala urusan anda.
Macam aku, aku sudah mula mempelajari bahasa Jepun sekitar 10 bulan sebelum aku ke Jepun. Waktu mula belajar dulu tak ada pula perancangan nak ke Jepun. Saja suka-suka. Tapi terbukti masa dan tenaga yang aku gunakan untuk mempelajari bahasa dan tulisan Jepun adalah tidak sia-sia. Memang kebanyakan masa guna bahasa Jepun la waktu di sana.
Dari pengumuman di stesen, dalam tren, dalam bas, berurusan di kedai-kedai, menu makanan, signboard kedai, tanya jalan kalau sesat, beli tiket tren : hampir semuanya dalam bahasa Jepun. Nasib lah kalau ada English (di sesetengah subway di Osaka dan Tokyo). Tapi jangan berharap sangat. Memang bahasa Jepun sangat membantu.. tau cakap sikit-sikit yang basic pun tak apa. Kalau boleh baca tulisan Jepun (hiragana, katakana dan kanji) lagi baik.
LAIN-LAIN
Aku bawa juga moisturizer (pelembap kulit) dan pelembap bibir sebab udara di Jepun ni kering berbanding Malaysia.
Tambahan pula cuaca sejuk, kemungkinan untuk kulit mengelupas dan bibir merekah & luka adalah tinggi kalau tak guna pelembap.
PAKEJ BAJET KE JEPUN (UPDATE JULY 2014)
Kepada anda yang berminat untuk melancong ke Jepun (Osaka, Tokyo, Kyoto dan lain-lain) dengan harga yang paling murah di Malaysia, silalah hubungi saya menggunakan emel messrs_rezzs@yahoo.com. Boleh juga cek post terbaru saya yang menyenaraikan pakej bajet beserta tentative itinerary dengan lengkap.. sila klik di sini..

Jaket yang hitam tu kalis angin dan kalis air, tapi tak tebal.. aku pakai sekali dengan sweater kelabu tu sebagai lapisan ke 2... di dalam, aku pakai lagi 3 lapis t-shirt... |

Sebut sahaja nak ke mana... Fukuoka? Hiroshima? Osaka? Kyoto? Tokyo? Nagano? Sendai?..Semua boleh dengan Japan Bus Pass |

oh, terima kaseh, bagus tips ni, especially Buss Pass tu :)
ReplyDeletebaca blog lain, suma beli JR pass, harga mahal jugak tuh, so untuk pass bus ni, informasi yang sangat berguna untuk saya yang duit x banyak ni haha
ReplyDelete