Autumn in Japan : Part 9 Hari ke-2 (Kyoto & Kobe)

Tiba di bandar Kyoto, kami menaiki bas menuju ke restoran untuk makan tengah hari...

Jalan raya di tengah kota Kyoto.. memang tidak sesibuk Osaka.. pohon-pohon ginkgo yang berwarna kuning keemasan
berbaris di sepanjang jalan... memang betul-betul feel autumn in my heart..


Restoran yang menjadi pilihan kami untuk makan tengah hari di Kyoto ialah Rose Café.. sebuah restoran makanan Turki yang menyajikan makanan halal. 

Berkemungkinan besar adalah satu-satunya restoran halal di tengah kota Kyoto ini…

Menyeberang jalan menuju ke Rose Cafe.. kedai kaca hitam depan pokok tu lah Rose Cafe

Berikut adalah menu dan harga makanan di sini…




Aku makan beef burger dan apple tea.. Harga total 800 Yen.. dalam RM26… standard lah harga di Jepun…
Macam mana aku tau café ini??

Sebenarnya Aki yang carikan di internet.. 
Bagus tak dia ni? Sanggup cari kedai makanan halal, walaupun aku tak pernah minta dia cari.. memang aku respect lah orang-orang Jepun ni..
Kalau ikut aku, aku makan roti Gardenia yang aku bawa dari Malaysia sahaja.. mencukupi la bagi ku... tapi mungkin dia kesian tengok aku makan tak menentu.. tu yang dia tolong cari…

Rose Café ni teletak jauh dari subway station, dari subway station kami naik bas ke sini.. bas adalah percuma dengan Kansai Thru Pass..

Nak terang lebih lanjut macam mana nak ke sini, aku pun tak berapa pasti.. lagipun waktu ni aku jadi pak turut sahaja.. ada tour guide, si Aki…

Boleh rujuk laman web Rose Café ini untuk maklumat lanjut…

Di sini juga ada sekeluarga orang Melayu makan tengah hari.. tapi aku tak tegur pun.. mesti diorang tak sangka yang aku ni orang Melayu kan…hehehe

Ok, selepas makan, kami naik pergi tunggu bas semula di tepi jalan dekat Rose Cafe..
Informasi ini  berguna ketika menunggu bas di Kyoto... benda ni (gambar di atas) kita boleh jumpa di tempat menunggu bas.. ia memaparkan perjalanan bas dari stesen ke-4 jauh dari stesen yang kita sedang berada, sehinggalah bas sampai ke stesen kita.
Macam mana cara nak baca/fahami benda ni??
ok.. ni Aki yang ajar aku... ada 4 stesen yang dipaparkan untuk 1 laluan bas... Nombor bas tertulis di paparan laluan tersebut, contohnya  bas nombor 3, 4, 17, 37, 59 dan 205.
Nampak tak ada 3 anak panah bagi setiap laluan? anak panah itu menunjukkan arah pergerakan bas.. tulisan Jepun yang terletak di celah-celah anak panah itu ialah nama stesen/ perhentian...ada 4 stesen semuanya.. nama bus stop yang anda sedang berada sekarang terletak di hujung sebelah kiri... bus stop yang terletak di sebelah paling kanan ialah bus stop yang ke-4 jauh dari bus stop yang anda sedang berada...
warna kuning bulat yang ada gambar bas menunjukkan bas itu sedang bergerak menghampiri stesen ke-3 dan seterusnya stesen ke-2.. apabila bas sudah melepasi stesen ke-2, dan menuju ke stesen yang kita sedang berada, warna kuning bulat tu akan tulis まもなく きます(mamonaku kimasu) yang bermaksud "akan tiba sebentar lagi"... jadi bolehlah kita agak sama ada bas masih jauh atau dah nak sampai...


Baiklah, lepas naik bas dan tiba di stesen subway...kami naik pula tren Keihan Railway Main Line  dan tiba di Fushimi-Inari Station…

Ada apa di sana??

Fushimi Inari Shrine.. salah satu Shinto shrine yang termashur di Jepun.. terkenal dengan pintu gerbang Tori yang beribu-ribu…


Keihan Fushimi-Inari Station. Memang tradisional betul rekaan stesen ni.. Sila ambil maklum, stesen Fushimi Inari ni ada 2.. yang kami berada sekarang ini ialah Keihan Line dan satu lagi JR Line yang terletak tidak sampai 10 minit berjalan kaki dari sini..

Inari Station-JR Line sebenarnya adalah lebih dekat kalau nak ke Fushimi Inari Shrine. Tapi kami kan ada Kansai Thru Pass yang boleh digunakan untuk Keihan Line, tapi tak boleh guna di JR Line.. Makanya kami gunakan Keihan Line...
Kami melintasi sungai ini dari Keihan Fushimi-Inari Station menuju ke Fushimi Inari Shrine...  Di depan sungai ini nanti akan ada persimpangan jalan.. ada 2 pilihan untuk ke Fushimi Inari Shrine.. Pertama boleh jalan terus sahaja dan anda akan melalui banyak gerai-gerai jualan.. Pilihan ke 2, yang menjadi pilihan kami, adalah belok ke kanan... dan anda akan melalui jalan seperti dalam gambar di bawah.

Menuju ke Fushimi Inari Shrine

Lepas tu jalan kaki dalam 2 ke 3 minit, anda akan disambut oleh Tori Gate (Gerbang Tori) yang berwarna oren, tersergam megah disebelah kiri anda... (Di sebelah kanan ialah JR Inari Station)...

Tori pertama yang menyambut ketibaan kami di Fushimi Inari Shrine. Kalau anda menggunakan JR Line, sebaik sahaja keluar dari stesen, tori gate ni akan terus kelihatan...

Memang cantik..ditambah pula dengan cuaca yang baik dan air-cond semula jadi yang sejuk serta daun pokok momiji yang merah di musim luruh....perfect !







Selepas tori gate pertama tadi, ada pula tori gate ke-2 dan dibelakangnya ialah bangunan utama Fushimi Inari Shrine..

Bangunan utama shrine


Lepas tu nampak ada pula kakak Jepun ni ambil foto dengan memakai baju kebangsaan.. Aku tanya Aki, kalau-kalau aku boleh ambil foto dengan dia... Aki pun pergilah tanya kakak ni dan suami dia.. mula-mula mereka ingat kami nak minta tolong ambil gambar kami berdua.. Lepas tu Aki pun jelaskan lah yang baju mereka ni cantik, aku dari Malaysia ni nak ambil foto.. Diorang pun dengan gembiranya setuju...

Tak pasal-pasal diorang jadi artis kan hari tu.. peminat dari Malaysia ajak berfotografi

Aki di depan bangunan shrine

Di Fushimi Inari Shrine ini, ada banyak patung-patung musang yang dianggap sebagai utusan Tuhan Padi atau dipanggil Inari dalam bahasa Jepun.. di mulut musang akan sentiasa ada setangkai padi..

Salah satu dewan terbuka di kawasan ini..


Ketelitian seni pada bangunan shrine...memang menarik...


Salah satu bangunan dalam shrine... bentuk bumbung yang macam rambut palsu tu memang keunikan senibina Jepun...

Kata Aki, orang berdoa untuk lulus exam dan tulis hajat di tori kecil ini...

Segala macam hajat dan permintaan...

Teruskam mendaki Gunung Inari di mana terletaknya tarikan utama.. 
Torii Gates... Seribu torii


Memang cantik dan klasik tempat ni... macam berada dalam terowong oren pun ada... Sebenarnya tori ini dibina oleh syarikat atau orang perseorangan bagi memohon agar perniagaan mereka bertambah baik.. di setiap tori akan tertulis siapa yang membinanya...

Laluan bercabang dua.. sila pilih salah satu...
Memang banyak tersusun di sepanjang jalan...

Wajib untuk ambil foto kenangan... tak kisah lah guna kamera mahal lagi canggihkah, atau pun kamera zaman  Firaun macam kamera ku ni... Memandangkan aku dari luar negara, maka status ku adalah INTERNATIONAL...hahaha

Yang ini model tempatan, pun tak mahu ketinggalan juga... tak nak kalah dengan model INTERNATIONAL...

OK, selepas puas bermodelan.. kami teruskan perjalan mendaki Mount Inari ini... di tengah jalan, ada peta.. kalau takut sesat, silalah rujuk peta yang terpapar di atas ini...

Ada lagi musang di atas gunung ni...
Akhirnya, selepas hampir 1 jam mendaki Gunung Inari ini, maka kami sampai di suatu kawasan yang memaparkan pemandangan kota Kyoto... adakah ini puncak???

BUKAN... ini masih di pertengahan.. puncak masih jauh di atas.. 

Kami duduk-duduk di kawasan ini menghilangkan penat.. 

Baiklah, sambil minum dan makan biskut...di gunung ni.. biarlah aku ceritakan apakah perbezaan antara shrine dan temple... Contohnya ada nama tempat Fushimi Inari Shrine (di sini), Meiji Shrine di Tokyo dan Itsukushima Shrine di Miyajima Hiroshima Prefecture..



Ada pula yang dipanggil temple.. contohnya Kiyomizu Temple (Kiyomizu Dera) di Kyoto ni yang aku tak sempat pergi, Asakusa Temple di Tokyo dan Todaiji Temple di Nara..

Apa beza SHRINE dan TEMPLE??

Ok.. Shrine ialah tempat beribadat bagi penganut Shinto.. iaitu agama asal yang telah wujud beribu tahun di Jepun.. penganut Shinto percaya kepada KAMI atau pun tuhan-tuhan.. bagi penganut Shinto ada banyak tuhan di dunia.. contohnya Tuhan Padi...

Temple pula ialah tokong, nama yang dikenali di Malaysia. Tempat beribadat bagi penganut Buddha.. Agama Buddha tiba di Jepun lebih lambat berbanding Shinto.. Agama ini disebarkan dari China dan Korea..

Maka kesimpulannya, Shrine dan Temple adalah berbeza fahaman.. walaupun ramai yang salah anggap yang 2 tempat ibadah ini adalah sama...

Baiklah, selesai kuliah! 
Oleh kerana kami sudah keletihan, dan waktu pula hampir menjelang senja..kami ambil keputusan untuk turun semula ke bawah... Sebenarnya kebanyakkan pengunjung hanya akan mendaki sampai ke sini.. lepas tu patah balik.. nak sampai ke point ni pun sebenarnya agak meletihkan kerana ada beribu anak tangga harus dilalui... 

Maka kami pun berpatah baliklah ke bawah...

Sewaktu turun, kami gunakan jalan yang berbeza berbanding waktu mendaki tadi.. tak ada tori gate.. tapi tetap cantik dengan seni bina Jepun klasik di kiri dan kanan... pengunjung pun hampir tiada di laluan ini.. sunyi...
Add caption
Jumpa kucing gemuk sombong ni di tengah jalan... satu fakta menarik, di Jepun aku langsung tak pernah jumpa kucing yang kurus.. tak pernah ! Semua gemuk dan sihat.. terlalu makan banyak ikan mungkin... berbeza pula dengan manusia.. susah sangat nak jumpa orang Jepun yang gemuk.. 1 dalam 1000... sumo sahajalah kalau nak gemuk pun.. aku percaya ini disebabkan oleh pemakanan dan cara hidup orang Jepun.. Makanan mereka mana ada lemak.. fresh semua.. kehidupan seharian pula aktif.. berjalan kaki dengan laju.. berlari kejar tren... berbasikal... tak hairanlah orang Jepun ni diiktiraf sebagai penduduk dunia yang hidup paling lama...

Tak lama lepas itu, kami pun tibalah semula di Keihan-Fushimi Inari Station.


Dari sana, kami terus menaiki tren Keihan Main Line menuju ke Yodoyabashi Station yang terletak di kota Osaka.. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit...

Setibanya di Yodobashi, kami beralih pula ke subway Midosuji Line menuju ke stesen Umeda.. dari Stesen Umeda, kami bertukar pula ke tren Hanshin Main Line menuju ke Sannomiya Station yang terletak di kota Kobe.. Fuhhh !!! Banyak gila turun naik tren.. hampir 2 jam perjalanan dari Fushimi Inari tadi...

Tujuan kami ialah Kobe...!!! Ibu kota Wilayah Hyogo... Kobe ini adalah sebuah bandar pelabuhan yang pernah hancur digoncang gempa bumi pada tahun 1995....

Mula-mula aku ingat Stesen Sannomiya di Kobe ni kecil dan orang tak ramai, maklumlah...Kobe ni tidaklah sebesar kota Osaka.. tetapi ternyata meleset sangkaan awalku... Besar stesen ni ! Macam pusat membeli-belah.. Manusia pun lebih kurang sahaja macam di Osaka... beribu-ribu lemon.....

Keluar sahaja dari stesen Sannomiya, terus menggigil kesejukan !
Memang sejuk gila-gila...! Di Osaka dan Kyoto tak pernah pula rasa sejuk yang amat seperti ini..
Tau sebab apa sejuk??.....1 sebab memang musim sejuk.. ke-2 sebab Kobe ni terletak di tepi laut.. maka angin sejuk bertiup secara berterusan tanpa belas kasihan...

Walaupun sejuk, kami tetap melangkahkan kaki menuju ke Kobe Harbor Land yang terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki dari stesen tadi... Waktu tu lebih kurang jam 6 malam.. dah gelap pekat dah sebab maghrib masuk dalam jam 5 petang...

Bandar Kobe ni memang cantik... tambah lagi waktu menjelang Krismas ni... semua pokok-pokok di tepi jalan dinyalakan dengan lampu yang berwarna warni... Illumination... kata orang Jepun..


Orang di luar pun tak ramai mana.. Mungkin sebab sejuk...

Dalam perjalanan ke Harbor Land, ada sekumpulan pelajar universiti membuat persembahan depan shopping mall, d tepi jalan.. adalah dalam 20 orang penonton... gila betul diorang ni buat persembahan outdoor sejuk-sejuk macam ni...

Memang sejuk lah.. aku dah pakai 5 lapis tapi macam tidak memberikan sebarang kesan... tangan tak boleh di keluarkan.. harus sentiasa dalam poket jaket.. macam dihiris-hiris rasa tangan kesejukan....

Bandar Kobe dan lampu-lampu pada pokok yang sudah tidak berdaun

Tak lama lepas tu, tibalah kami di Kobe Harbor Land.. betul-betul menghadap laut Osaka Bay (Teluk Osaka)... 

Sejuk tak payah cakap... kawan aku si Aki sendiri menggigil kesejukkan.. orang Jepun tu yang dah biasa sejuk ! Apalagi aku ni..anak tropika...panas sepanjang tahun.. lagilah seksa sejuknya..
Sarung tangan pun tak ada...

Tapi walaupun sejuk, kawasan Harbor Land ni memang cantik... Kalau aku seorang, mesti aku dah duduk lama sikit depan laut ni.. tak kisah lah kalau beku pun.. sebab tempat ni memang cantik..
Tetapi sebab aku kesian dengan si Aki yang dah kesejukan gila-gila.. maka kami sekejap sahajalah di sini.. (macam terbalik pula kan..orang Jepun pula yang tak tahan..hahahah)

Di sini, kita boleh melihat pemandangan bangunan-bangunan tinggi di kawasan Pelabuhan Kobe ini, diseberang teluk sana.. antaranya ialah Kobe Port Tower.. Menara merah yang menjadi mercu tanda kota Kobe... Jambatan Asahi Kaikyo, jambatan gantung terpanjang di dunia yang menghubungkan Kobe di Pulau Honshu dan Pulau Awaji..


Pemandangan Port Kobe dan Kobe Port Tower yang berwarna merah di seberang sana.. kamera dah lah kuno.. tangan lagi menggigil ambil foto.. maka bertambah cantik dan menawanlah foto yang dihasilkan..hehehe
Lepas dari, Harbor Land.. kami masuk ke sebuah shopping mall yang terletak tidak jauh dari sana.. nak panaskan badan...

Lengang sahaja shopping mallnya.. tapi cantik...

Si Aki adalah beli crepe.. lapar katanya.. aku macam biasalah.. tak beli pun.. aku makan biskut peanut butter Julie sahaja.. Jangan main-main, jauh diimport dari Malaysia ni..huhuhuh..

Lepas duduk-duduk, minum-minum, makan-makan biskut dan borak-borak di lobi mall tu lebih kurang 30 minit, kami pun bertolak pulang ke Takarazuka...

Dalam perjalanan pulang, kami perlu bertukar tren di stesen mana entah, aku dah lupa.. tapi selang masa yang ada antara waktu ketibaan tren yang kami sedang naiki, dan waktu keberangkatan tren yang bakal kami naiki hanyalah 1 minit..

Maka, akupun merasalah berlari buat pertama kali di Jepun untuk mengejar tren.. anda diberi masa 1 minit dari platform asal menuju ke platform tren seterusnya.. kalau platform tu direct di sebelah tak apa.. ini turun naik tangga entah berapa kali..

Yang bestnya, bukan seorang dua yang berlari.. ramai !!
Semua dari tren yang kami naik tadi, nak naik pula tren seterusnya yang bakal bertolak dalam jangka masa 1 minit sahaja lagi...haha... Patutlah orang Jepun ni kurus-kurus...

Macam mana diorang tau yang masa cuma 1 minit?
Setiap dari orang local di Jepun ni ada aplikasi tren dalam telefon pintar mereka.. lengkap dengan jadual waktu keberangkatan, waktu ketibaan, harga tiket, stesen transit dan jumlah masa yang diperlukan dari satu stesen ke stesen yang lain.. tekan sahaja nak bertolak dari stesen mana dan nak menuju ke stesen mana.. terus terpampang semua dengan tepatnya.. bukan setakat tren, bas mini pun boleh guna aplikasi ni...

Tak lama lepas tu, kami pn tibalah semula di rumah Aki di Takarazuka.. Takarazuka City ni terletak dalam Wilayah Hyogo, sama dengan Kobe City..

Lepas dah mandi, makan, solat dan buat segala apa yang patut, aku pun tidur awal. sebab esok subuh-subuh dah kena bertolak dari rumah Aki untuk satu perjalanan yang panjang ke Hiroshima...

Comments

Popular posts from this blog

Tips Melancong Ke Jepun

Sejarah dan Salji : Osaka-Kyoto-Tateyama 6 Hari 5 Malam

PAKEJ PELANCONGAN BAJET KE OSAKA-KANSAI, JEPUN.