Autumn in Japan: Part 4 Hari Pertama (Osaka)

Dah jumpa dengan Aki... tak perlu buang masa, mari kita mulakan kembara di Osaka ini..

Tapi sebelum itu, aku nak kena cari loker nak letak beg aku yang berat ini.. 
Aki tolong aku carikan di mana letaknya loker di Namba Station yang BESAR ini....

Sampai di kawasan loker aku pun letaklah beg dalam itu.. ambil kunci.. Berapa harga loker?? ....... 400 Yen !! Mahal.... 
tapi tak apalah... 
ingat, ini di Jepun.. memang semua mahal.. 
Hanya tandas sahaja yang murah.. sebab tak payah bayar !

Ok.. destinasi pertama adalah Osaka Castle (Castle menurut kamus bermaksud istana kota) ataupun dipanggil Osaka Joo oleh orang tempatan..

Dari Namba, kami naik subway Midosuji Line menuju ke Hommachi Station.. dari Hommachi, tukar tren ke Chuo Line menuju ke Tanimachi 4-Chome Station. 

Sebutannya ialah Ta-ni-ma-chi Yon-Cho-me, huruf 'e' dalam bahasa Jepun bunyi macam huruf 'e' dalam perkataan 'ekor', 'elak' atau 'enak'...  bukan 'emak', bukan 'emas' dan bukan juga 'seram'. Yon tu pula maksudnya 'empat'. 

Suka aku memperingatkan sekali lagi, bahawa semua subway di Osaka adalah PERCUMA-tak payah bayar (Free) seandainya anda memiliki Kansai Thru Pass macam aku ni.... senang dan jimat...

Sampai di Tanimachi 4-Chome, matahari bersinar dengan terik sekali.. Tapi suhu tetap sejuk...

Keluar dari stesen subway, nampak pohon yang berdaun kuning ini.. Memang gembira gila lah waktu ni.. sebab pertama kali nampak pokok/ daun autumn di depan mata.. sebelum ini tengok di TV dan internet sahaja.... Aku rasa macam hendak peluk pokok ini..hehehe

Aki macam pelik sahaja tengok aku excited tanpa sebab yang munasabah... Ya lah, mereka orang Jepun dah biasa tengok pokok daun kuning.. di Malaysia pula, pokok berdaun hijau sepanjang tahun..


Pohon berdaun kuning di musim luruh PERTAMA yang  kulihat secara LIVE. 


Rumah tradisional Jepun dahulu kala

Kami berjalan terus, nampak pula rumah tradisi Jepun zaman dulu-dulu.. atap rumah itu sepertinya diperbuat daripada ranting-ranting kayu yang dijalin erat..


Ambil gambar dengan pokok autumn dulu.. Jangan tak ambil...
di Malaysia susah nak jumpa ni.. kecuali pokok yang kena RACUN...heheheheh

Sepanjang perjalanan ke Osaka Castle dari stesen Tanimachi 4-Chome tu, memang aku terpegun dan terpesona dengan keindahan dedaunan di musim luruh yang berwarna kuning-merah....

Sekitar 10 minit berjalan kaki, maka sampailah di bahagian depan kawasan Osaka Castle yang dikelilingi taman dan parit besar (moat)... 



Parit besar yang mengelilingi istana ini adalah suatu ciri-ciri pertahanan dan keselamatan bagi mengelakkan diserang atau diceroboh musuh..

Menurut cadangan aku, adalah lebih baik sekiranya pihak pengurusan istana menempatkan buaya dalam parit tersebut bagi meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan dan pertahanan Osaka Castle....

Selain itu, istana juga dikelilingi oleh tembok yang kukuh dan tinggi seperti dalam gambar di atas..

Bergerak ke sebelah kiri, kami menuju ke pintu masuk kawasan istana. 


Encik Aki.. pose depan pintu gerbang pertama  yang dipanggil Otemon Gate

Untuk memasuki kawasan dalam Osaka Castle, kita harus melalui 3 pintu gerbang.. yang pertama adalah seperti dalam gambar Aki di atas.. 

Sebelum pergi lebih dalam ke kawasan istana, suka cita dimaklumkan bahawa tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk memasuki kawasan Osaka Castle ini, kerana ia adalah dikategorikan sebagai public park (taman awam). 

Masuk di dalam kawasan istana, banyak pokok-pokok yang berwarna kuning keemasan pada musim luruh ini... sangat cantik... 
kamera handphone murah aku ini tidak dapat memberikan gambar yang adil dan saksama kepada anda.. 
 wajiblah pergi dan tengok sendiri..





Setelah melalui 3 pintu gerbang.. maka istana yang menjadi simbol Kota Osaka ini pun tersergam dengan megahnya...
Silau terik matahari...tapi sejukkkk
Lori kat sebelah kiri tu jual takoyaki.. tapi aku tak beli pun sebab tak pasti halal haramnya..
Pemandangan kota Osaka dari Osaka Castle.
 





Aku ni memang suka senibina bangunan-bangunan dari seluruh dunia.. tambah lagi istana...contohnya macam Osaka Castle ni.. memang puas hatilah dapat tengok dari dekat....

OK...biar aku ceritakan serba sedikit berkenaan Osaka Castle ini.. Barang siapa tidak menyukai sejarah, silalah jangan teruskan pembacaan anda....hehehe

Osaka Castle ini mula dibina pada tahun 1583 (kira-kira 70 tahun selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis) oleh Toyotomi Hideyoshi, seorang Daimyo atau Lord yang masyhur dan paling berkuasa di Jepun pada zaman itu...

Castle ini telah dijadikan pusat kuasa bagi penyatuan seluruh Jepun yang pada ketika itu diperintah oleh ramai Lord..

Pada tahun 1868, istana ini telah berjaya ditawan oleh tentera yang setia kepada Maharaja Meiji. Kebanyakkan bahagian istana telah terbakar sewaktu konflik yang berlaku pada zaman Pembaharuan Meiji.

Sewaktu Perang Dunia ke-2, Osaka Castle telah musnah di bom oleh tentera Bersekutu. 50 tahun kemudian, pada tahun 1995 istana ini tela dibina semula dan siap pada tahun 1997..

Ok... selesai sejarah ringkas !

Kami berada dalam kawasan Osaka Castle sekitar 1 jam.. foto-foto sana-sini.. duduk sekejap di kerusi-kerusi yang banyak disediakan... 

Pengunjung memang ramai.. baik orang Jepun.. baik pelancong luar...

Walaupun matahari memancar dengan terik, namun suhu tetap sejuk..sekitar 9 darjah celsius.. cuma tidaklah sesejuk seperti di Kansai Airport yang terletak di tengah laut..



Sesudah itu kami pun bergerak meninggalkan Osaka Castle menuju ke destinasi seterusnya iaitu Minoh Park.. 

Jam pada waktu ini menunjukkan pukul 12.30.. kami harus cepat kerana pada musim sejuk ini, waktu siang adalah singkat.. jam 4 petang dah mulai gelap.. jam 5 petang dah malam !

Minoh Park pula terletak di luar sempadan Osaka City iaitu di Minoh City...








Comments

Popular posts from this blog

Tips Melancong Ke Jepun

Sejarah dan Salji : Osaka-Kyoto-Tateyama 6 Hari 5 Malam

PAKEJ PELANCONGAN BAJET KE OSAKA-KANSAI, JEPUN.