Autumn in Japan : Part 6 Hari Pertama (Osaka, Amagasaki & Takarazuka)
Selepas kira-kira 40 minit menaiki tren dari Minoo Station, kamipun tiba di Umeda Station...
Hari dah hampir gelap pada waktu itu..
Kami pun pergi ke Mc Donalds untuk minum kopi/teh bagi memanaskan badan...
Aki belanja aku teh di sini.. dia yang beratur di kaunter.. aku terus naik ke tingkat atas... ramai betul orang-orang Jepun di McD ni.. kebanyakannya pelajar..
Di McD Jepun ni, mereka gunakan teh Lipton.. Uncang teh, gula dan krimer diletakkan berasingan.. dalam cup hanyalah air panas kosong sahaja... krimer pula ialah jenis cecair bukan serbuk.. gula memang sikit... Orang Jepun ni kalau minum teh memang tak suka manis... Harga kalau aku tak salah 150 Yen (+/- RM4.50) secawan..
Di McD atau mana-mana restoran makanan segera atau food court di Jepun ni, kita mesti membersihkan meja dan mengangkat bekas makanan ke bahagian pembuangan sampah... Tak boleh tinggalkan atas meja macam di Malaysia...
Aku buang sendiri tak lepas minum??.... Tak...hehehe..
Aku tanpa rasa bersalah meninggalkan sahaja cawan kertas di atas meja.. nasib baik ada si Aki ni tukang pungut.. Dah tak tau nak buat macam mana kan....
Selepas itu, kami pun mengambil subway Midosuji Line menuju ke Sinsaibashi.. kawasan membeli-belah tersohor di Kota Osaka ini...
Selepas dari Dotonbori, kami berjalan kaki menuju ke stesen Namba yang terletak tidak jauh dari kawasan itu...
Di Namba, aku mengambil kembali beg ku yang telah tersimpan di dalam loker seharian.. Selesai aktiviti bersiar-siar pada hari ini..
Seterusnya kami menaiki subway kembali ke Umeda Station.. dari Umeda, kami bertukar ke tren Hanshin Main Line menuju ke Amagasaki Station..
Setibanya di Amagasaki, kami pergi ke pasar raya (super market) kerana Aki ingin membeli makanan dan beberapa barangan dapur..
Di Jepun, kebanyakan stesen kereta api utama dilengkapi dengan pasar raya.. senang kalau nak beli barang-barang selepas pulang kerja.. Harganya pun lebih murah..
Dari Amagasaki Station, naik bas pula menuju ke rumah Aki yang terletak di Takarazuka City, Hyogo Prefecture.. Prefecture (wilayah) ini seperti negeri di Malaysia... Dalam sebuah wilayah terdapat beberapa City (Bandar) atau Village (Kampung)... Kiranya rumah si Aki ini terletak dalam negeri dan bandar lain... Bukan di Osaka..
Tetapi oleh kerana sistem pengangkutan yang cekap, kami tidak mengambil masa yang lama untuk ke rumahnya dari Osaka..
Bahkan setiap hari ramai penduduk Takarazuka yang berulang-alik ke Osaka untuk bekerja..
Perjalanan menaiki bas mengambil masa selama lebih kurang 30 minit... kena bayar tiket tak?...... Tidak payah sebab kami ada Kansai Thru Pass... naik sahaja.. percuma....
Penumpang pun tak ramai.. bas di Jepun ini adalah pilihan terakhir.. kebanyakkan orang tempatan hanya menggunakan kereta api.. tetapi bagi mereka yang tinggal jauh dari stesen kereta api, mereka terpaksa menaiki bas menuju ke rumah masing-masing...
Setelah lebih kurang 30 minit dalam bas, tibalah kami di bus stop Torishima..
Dari sini berjalan kaki ke rumah Aki hanya mengambil masa kurang 5 minit...
Rumah Aki ini adalah jenis apartment.. terletak di tingkat 3...
Rumahnya, seperti kebiasaan rumah orang Jepun yang lain, adalah kecil..
Ada dapur yang dipisahkan dari ruang tamu dengan sliding door.. ada sebuah bilik tidur yang dipisahkan dengan ruang tamu dengan sliding door juga.. Kenapa sliding door?.. Untuk menjimatkan ruang.. kalau guna pintu biasa kan perlukan ruang yang lebih kalau hendak membuka pintu..
Dalam bilik ada pemanas..ini adalah wajib sewaktu musim sejuk kalau tak nak jadi daging beku terutama pada waktu malam.. dan ada juga alat pelembap udara (humidifier) kerana tahap kelembapan udara di Jepun sewaktu musim luruh/sejuk adalah rendah.. dalam erti kata lain udara adalah kering...
Lantai dilapisi tikar tradisional Jepun yang dipanggil tatami..kurang lah sikit kesejukan kaki ni berpijak atas tikar tatami..
Kecil tapi sangat-sangat selesa... memang lebih dari mencukupi terutama kalau tinggal seorang (orang bujang)...
Si Aki ni sangat-sangatlah accomodating... dia siap ajarkan aku cara-cara menggunakan air panas untuk mandi di rumahnya.. lepas tu dia masakkan air panas untuk aku makan magie cup yang ku bawa dari Malaysia... Dia jua buatkan secawan teh bagi memanaskan badan... Cuba teka teh apa??
Teh Boh dari Cameron Highlands !!...Hehehe
Sebenarnya sebelum aku sampai di Jepun, aku ada bertanyakan kepada kawan-kawanku di Jepun, kalau ada apa-apa barangan dari Malaysia yang mereka mahu....
Si Aki minta teh Boh dan kaya... sebab 2 benda ini hampir mustahil untuk didapati di Jepun... Selain itu aku bawakan juga kek pisang untuk dia..
Selain itu, satu hal lagi yang aku sangat respect dekat Aki ni, dia siap tolong aku cari arah kiblat dari rumahnya menggunakan telefon pintarnya !!
Orang Jepun ni walaupun tidak beragama**, tetapi sangat menghormati kepercayaan orang Islam.. Walaupun asing bagi mereka, tetapi mereka cuba sedaya upaya untuk memahami Islam dan segala amalan yang bersangkut paut dengan agama Islam...
Aku rasa bertuah dapat home stay di rumah orang Jepun !
Alhamdulillah...selesai hari pertama tanpa ada banyak masalah..
**Ok..sebenarnya orang-orang di Jepun ini mengamalkan 2 jenis agama/ajaran iaitu Buddha dan Shinto.. Tetapi bagi mereka, Buddha dan Shinto ini lebih kepada adat sahaja berbanding agama.. Pada kebiasaannya, adat-adat yang melibatkan kelahiran dan perkahwinan akan diuruskan mengikut ajaran Shinto.. manakala adat-adat berkaitan kematian akan dijalankan menurut aturan ajaran Buddha.. Walau bagaimanapun, kalau ditanya apa agama mereka, kebanyakkan orang Jepun lebih selesa menjawab yang mereka ini tidak mempunyai agama.

Dua buah beg aku diletakkan di atas tikar tatami di bilik si Aki. |

Comments
Post a Comment