Autumn in Japan : Part 7 Hari ke-2 (Bertolak ke Kyoto)
29 November, hari kedua aku berada di Negara Matahari Terbit...
Aku bangun dalam jam 6.30 pagi...
Matahari terbit di Jepun pada jam 7 pagi...
Aku bangun dalam jam 6.30 pagi...
Matahari terbit di Jepun pada jam 7 pagi...
Pemandangan pada waktu pagi dari tingkap rumah Aki... masih gelap lagi waktu ni.. memang sejuk sangat... Tapi ada juga yang jogging, berbasikal atau pun bersiar-siar dengan anjing mereka..
Selepas bersiap-siap dan bersarapan semua.. kami pun bertolak keluar rumah... aki bawa bersamanya sebakul sampah untuk diletakkan di bahagian bawah apartment.. hari ini ialah hari kutipan sampah...
Sampah di Jepun ini harus dibahagikan mengikut jenis-jenis sampah seperti kertas, tin dan botol.. tak boleh main campur semua sahaja seperti di Malaysia.. mereka mengamalkan sepenuhnya kitar semula.. setiap jenis sampah akan dikutip pada hari yang berbeza... seandainya sampah itu bercampur, ia tidak akan dikutip... dan untuk tujuan ini, plastik sampah mestilah jernih (transparent), tak boleh plastik hitam...
Tin, botol atau plastik hendaklah dalam keadaan yang bersih apabila kita membuangnya... seandainya terdapat sisa-sisa makanan, kita hendaklah membasuh terlebih dahulu tin (sampah) itu sebelum dibuang.. contohnya sebelum aku buang tin tuna Ayam Brand yang aku bawa dari Malaysia, aku mesti membasuh tin tersebut terlebih dahulu...
Perkara-perkara berkaitan pengurusan sampah ini adalah sangat penting kerana Jepun adalah sebuah negara yang sangat padat dengan penduduk.. seandainya sisa pepejal tidak diuruskan dengan baik, sudah pasti sampah akan berlambak di negara yang berpenduduk 126 juta orang ini..
Menurut pemerhatian aku lah kan.. kawasan bandar di Jepun ni memang sangat-sangat bersih... malu pula aku kalau ingat keadaan di KL (kecuali di KLCC dan sekitarnya)... sampah sana-sini.. Tapi satu hal yang membanggakan aku, selaku orang LABUAN.. Kebersihan bandar Labuan bagiku adalah setaraf dengan kebersihan bandar-bandar di Jepun ini... Aku telah berkunjung ke semua negeri dan wilayah di Malaysia (kecuali Kelantan)... hanya Labuan dan Putrajaya sahaja yang taraf kebersihannya setanding dengan Jepun.. Maka khas untuk orang-orang Labuan dan Putrajaya serta seluruh rakyat Malaysia.. silalah kekalkan dan tingkatkan kebersihan bandar kita.. Kebersihan tanggungjawab bersama...
Percaya tak kawasan ini adalah sawah padi?? di Jepun di tengah bandar pun ada sawah padi... ini di belakang bus stop rumah Aki di tengah kota Takarazuka ..
|
Comments
Post a Comment