Autumn in Japan : Part 5 Hari Pertama (Minoh)

Dari Osaka Castle, kami kembali semula ke stesen Tanimachi 4-Chome dan menaiki subway Tanimachi Line menuju ke stesen Higashi Umeda... "Higashi" dalam bahasa Jepun bermaksud "timur".. stesen ini terletak dalam kawasan yang sama dengan stesen Umeda, stesen Nishi Umeda dan stesen Osaka (JR Line).

Di stesen Umeda, aku menemani Aki yang ingin makan tengah hari dahulu di sebuah food court dalam department store yang terdapat di stesen itu. 

Aku makan ke tidak?......... Tak ! 
Sebab aku tak pasti kalau makanan tu ada bercampur makanan yang tidak halal atau pun tidak.. 

Aku berazam, selagi ada bekalan makanan ku dari Malaysia ini, selagi itu aku tidak akan beli makanan di Jepun, kecuali kalau yang memang sah-sah halal untuk di makan.. lagi pun aku nak jimat duit...



Food Court tempat si Aki makan.. aku temankan sahaja.
Aki pun ok dan memahami aku.. aku sudah bagi tahu awal-awal yang berkemungkinan besar aku akan hanya makan makanan yang   dibawa dari Malaysia.. 



Sebelum aku sampai di Jepun ini, aku sudah perjelaskan secara panjang lebar kepadanya berkenaan dengan makanan halal dan haram melalui Facebook..



Suatu hal yang aku sangat respect dekat orang-orang Jepun ini ialah sikap mereka yang memahami dan menghormati kepercayaan, agama dan adat kita.. Walaupun Islam dan segala peraturan yang berkaitan dengannya adalah sangat asing bagi orang Jepun...


Selepas Aki selesai makan, kami pun menaiki tren Hankyu Takarazuka Line dari stesen Umeda... Hankyu Takarazuka Line ini ialah kereta api, bukan subway.. oleh itu, ia melalui rel di atas tanah, bukan di bawah tanah....

Hendak ke mana?? 
Destinasi kami ialah Minoh Park (Mino Koen dalam bahasa Jepun).... Minoh Park terletak dalam dalam Minoh City (Bandar Minoh) yang berjiran dengan Osaka City (Bandar Osaka).. namun masih terletak dalam Osaka Prefecture (Wilayah Osaka)..

Dari stesen Umeda, kami turun di stesen Ishibashi.. Barang siapa yang ingin ke Minoh Park wajiblah turun di stesen ini untuk menukar tren..

Dari stesen Ishibashi kami naik pula tren Hankyu Minoo Line menuju ke Minoo Station. 

Bagi mengelakkan kekeliruan, terdapat 3 jenis ejaan yang membawa makna dan merujuk kepada tempat yang sama.. Iaitu Minoh (ejaan baru), Minō atau Minoo... Ketiga-tiganya adalah sama..

Selepas kira-kira 30 minit dalam tren (dari Umeda), maka kami pun tibalah di stesen Minoo...

Keluar dari stesen... terpampang di depan mata kawasan pergunungan Minoh yang berwarna kuning-merah-keemasan...
Tempat ni memang lebih sejuk berbanding kota Osaka...
Maka adalah dinasihatkan, pakailah tebal sikit dan kalau boleh pakai sarung tangan (hand glove).. aku tengok kebanyakkan orang Jepun yang datang ke sini pakai sarung tangan.. termasuk si Aki..
Aku sahaja yang kulit tangan tebal.. tak pakai glove..hehehe..

Baiklah pastinya anda tertanya-tanya.. apakah yang menarik di Minoh ini???

Jawapannya ialah suasana musim luruh yang sangat menakjubkan dan mempersonakan.. yang menarik ribuan warga Jepun untuk datang menikmati koyo ataupun suasana warna musim luruh...

Jalan utama berhadapan Minoo Station menuju ke Minoh Park
Dari Minoo Station, kami melewati kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan makanan dan cenderamata.. sayur-sayuran dan buah-buahan pun ada...
Kawasan ini sangat berbeza kalau dibandingkan dengan kota Osaka yang moden..
Berada di sini seperti berada di sebuah perkampungan...



Destinasi kami di Minoh Park ini ialah air terjun... kira-kira 2 KM berjalan kaki dari stesen tadi...


Memang ramai pengunjung dalam kalangan orang-orang tempatan.. Rasanya hanya aku seorang yang bukan orang Jepun...

Baik yang tua..yang muda.. yang couple.. yang bawa anak kecil.. yang berkerusi roda..

Satu perkara yang menarik perhatian ku.. ramai warga emas di Jepun ni yang sangat cergas, sihat dan bertenaga.. mereka berjalan laju mengalahkan orang muda... mungkin disebabkan faktor pemakanan dan cara hidup yang sihat...



Sungai Minoh mengalir tenang di sebelah kanan kami disepanjang perjalanan menuju ke air terjun...

Perjalanan ke air terjun sebernarnya melibatkan sedikit pendakian.. namun hampir tidak terasa kerana jalan yang tidak curam....



Dedaunan pohon maple yang berwarna merah-kuning menghiasi taman ini.


Jambatan merah yang menjadi mercu tanda Minoh Park..




Setelah kira-kira 50 minit berjalan kaki, maka kamipun tibalah di penghujung trek iaitu Minoh Waterfall (Air Terjun Minoh)...


Memang cantik air terjun ni.. tak sia-sia berjalan kaki lebih 2 KM..
Ditambah pula dengan daun-daun merah pohon maple yang seolah-olah menghangatkan suasana musim luruh yang dingin di Taman Negara Minoh ini.. 
Sangat menakjubkan...

Minoh Waterfall


Owh, lupa nak bagi tau.. sebenarnya Minoh Park ini ialah taman negara yang telah diishtiharkan pada tahun 1967 sempena memperingati 100 tahun Pembaharuan Meiji...
Nama penuhnya ialah Meiji No Mori Minoh Quasi-National Park..

Di kawasan air terjun ini memang ramai pengunjung berkumpul... kerusi pun banyak disediakan...

Kami duduk berehat dan makan biskut peanut butter Julie yang ku bawa dari KL, sambil  menjamu mata menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini...

Di kawasan ini juga ada disediakan vending machine dan gerai-gerai makanan.. aku beli air isotonik (macam 100 Plus) yang berharga 180 Yen...

Selepas kira-kira 20 minit berada di kawasan air terjun, kami pun bergerak kembali menuju ke Minoh Station...

Perjalanan balik ke stesen adalah lebih cepat dan mudah kerana menuruni bukit...

Setiba di stesen, kami pun menaiki Hankyu Minoo Line menuju ke Ishibashi Station dan bertukar tren menuju ke Umeda Station di Osaka...

Comments

  1. cantik gak gambar yg diambil.wpun guna kamera fon kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips Melancong Ke Jepun

Sejarah dan Salji : Osaka-Kyoto-Tateyama 6 Hari 5 Malam

PAKEJ PELANCONGAN BAJET KE OSAKA-KANSAI, JEPUN.