Autumn in Japan : Part 8 Hari Ke-2 (Kyoto)

Setibanya di Arashiyama Station, suhu dan angin sejuk menerpa ke wajah... lebih sejuk dari di Takarazuka tadi... 

Tapi alhamdulillah..cuaca sangat-sangat baik....cerah.. angin bertiup sepoi-sepoi language...

Aki dah siap-siap pakai sarung tangan... sebab sejukkkk.....

Dari stesen, kami berjalan kaki menuju ke arah sungai Oi yang terkenal di Arashiyama ini...



Pengunjung memang ramai.. lebih ramai dari di Minoh Park semalam...


Jalan dari Arashiyama Station menuju ke kawasan tarikan utama di Arashiyama.. Kurang dari 15 minit berjalan kaki melalui jalan ini... kawasan pergunungan Arashiyama sediakan tersergam indah, menjadi latar belakang kawasan ini..



Cantikkan?? dengan warna kuning-merah musim luruh.. memang sangat-sangat cantik..
Sepasang suami isteri orang Jepun bersama baby mereka.. mereka minta tolong kami ambilkan gambar... comell...
kadang-kadang aku tengok muka orang Jepun ni lebih kurang sahaja dengan muka orang-orang Borneo..heheheh

Selepas kira-kira 15 minit,kami pun tiba di kawasan lapang dan berbatu ini.. disebelah kanan ialah sungai Oi.. di depan sana itu adalah Jambatan Togetsukyo  (Moon Crossing Bridge).. Tempat ni memang cantik.. sangat-sangat cantik.. rugilah kalau ke Kyoto tapi tidak melawat Arashiyama ini..


Di sebelah kiri pula ialah gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan tempatan.. Aki sempat belanja aku secucuk kuih mochi.. sejenis kuih tradisional Jepun yang liat...lebih kurang macam kuih kochi orang Melayu..warna pun hijau dan bentuk bulat-bulat dicucuk pada secucuk kayu kecil..

Boleh tahan sedap mochi ni...mungkin sebab aku ni penggemar kuih kochi.. Atau pun mungkin kuih kochi dan mochi ni mempunyai pertalian sejarah? waktu perang Jepun dulu kah??
Sukar untuk ku jawab memandangkan aku ni bukanlah pakar dalam hal ehwal kuih-muih ni.. mungkin lepas ni boleh buat tesis berkenaan kuih kochi...huhuhu...
Sebenarnya mochi ini banyak di KL.. tapi aku tak pernah cuba pun... Yang ini harganya dalam 100 Yen secucuk...

Kami pun terus menuju ke arah jambatan yang terbentang megah  di depan mata....


Subhanallah... memang indah, permai dan mempersonakan tempat ini... Sungai Oi...foto ini diambil dari atas Moon Crossing Bridge.. air sungai yang jernih.. warna daun musim luruh di banjaran gunung... sukar digambarkan dengan kata-kata...
Tidak hairanlah kenapa tempat ini diishtiharkan sebagai Place of Scenic Beauty oleh kerajaan Jepun..

Ramai pengunjung lepak-lepak di atas jambatan ini..baik orang Jepun mahupun pelancong asing... memang sesaklah tapi berbaloi...
Sejuk mata memandang...
Dari atas jambatan ini, kelihatan banyak ikan yang agak besar saiznya... bentuknya macam ikan salmon...aku pun tak pasti...


Dari jambatan, kami teruskan menyeberangi sungai ini dan tiba di kawasan yang banyak kedai cenderahati dan restoran... teruskan berjalan sehingga nampak papan tanda Tenryu-ji Temple.. 
Untuk makluman, Tenryu-ji Temple ini telah disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia (World Heritage site) oleh UNESCO...


Menuju ke Tenryu-ji Temple...
Dedaun pohon maple yang berwarna merah mewarnai suasana sepanjang jalan menuju ke Tenryu-ji

Salah satu temple kecil di kawasan Tenryu-ji...  ramai pelawat yang berdoa dan memohon hajat di sini.. termasuk si Aki kawan aku ni.. sebelum berdoa, mereka akan membaling wang syiling ke dalam kuil dan membunyikan loceng.. Aki mempelawa aku untuk memohon hajat... ku tolak pelawaannya dengan sopan... karang tak pasal-pasal jadi syirik pula kan....
Aku hanya memerhatikan sahaja dengan senyap tanpa sebarang komen... 

Tak kan lah aku tiba-tiba nak berbicara dan berdakwah berkenaan tauhid rububiyah dan uluhiyah pula di temple ni kan.. macam tak berapa sesuai pula..hahaha..
Moga-moga lah diorang ni dan kita semua dapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT..

Orang-orang tempatan yang ingin menunaikan sembahyang hajat...

Hayati dan nikmatilah keindahan daun maple (momiji) yang berwarna merah-oren pada musim luruh... Sepanjang jalan menuju ke Tenryu-ji, kami disajikan dengan pemandangan yang tidak boleh diperolehi di Malaysia seperti ini..

Ini ialah bahagian hadapan Tenryu-ji Temple.. bangunan yang terletak di tengah foto inilah yang dipanggil Tenryu-ji Temple.. Sebuah kuil yang diasaskan pada tahun 1339...
Kami tak masuk pun ke dalam bangunan kuil sebab nak masuk kena bayar tiket..berjimat cermat amalan mulia..hehehe..

lagipun orang sangat ramai dan yang paling penting, pada waktu ini kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan... Maka, kami tengok bangunan ni dari luar sahaja...

Seni reka bumbung Tenryu-ji Temple yang berusia hampir 700 tahun...Aku memang minat gila-gila dengan seni bina bangunan lama macam ni...


Selepas dari Tenryu-ji, kami terus menapak menuju ke hutan buluh yang tidak jauh dari sana... Hutan buluh Sagano atau Sagano bamboo forest ini adalah destinasi wajib bagi pengunjung ke Arashiyama...



Permulaan hutan buluh...


Masuk semakin dalam ke hutan buluh.. manusia tak payah cakap... memang seramai-ramainya... 

HP kamera aku yang sangat canggih ni macam biasalah, kalau cahaya tak berapa nak terang.. mulalah buat hal.. sila bertoleransi dengan kualiti foto yang agak kurang menyelerakan.. sesungguhnya kawasan ini jauh lebih cantik berbanding foto ku yang daif ini...

Cantik juga kawasan buluh ini.. redup... Sebenarnya panjang lagi trek ni.. tapi kami ambil keputusan untuk berpatah balik sahaja... tak boleh lama-lama di satu tempat.. ingat, jam 5 dah malam nanti tak sempat ke tempat lain..

Ada Shinto shrine juga di sini


Selepas itu, kami pun menuju ke Stesen Arashiyama (Keifuku Railway) dan menaiki tren Arashiyama Main Line menuju ke stesen Randen-Tenjingawa dan seterusnya bertukar ke subway di stesen Uzumasa-Tenjingawa menuju ke pusat bandar Kyoto untuk makan tengah hari.

Dalam tren Keifuku di stesen Arashiyama


Dalam Kyoto Municipal Subway di stesen Uzumasa-Tenjingawa

Comments

Popular posts from this blog

Tips Melancong Ke Jepun

Sejarah dan Salji : Osaka-Kyoto-Tateyama 6 Hari 5 Malam

PAKEJ PELANCONGAN BAJET KE OSAKA-KANSAI, JEPUN.