Autumn in Japan : Part 2 Keberangkatan
Baiklah... setelah semua persiapan dilakukan dengan ala kadar, mari kita bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal Tambang Murah (LCCT). Aku sampai di KL Sentral dengan menaiki tren Komuter pada jam 9 malam. Penerbangan jam 1 pagi. Masih ada masa lagi.
Tukar duit dulu last minit di money changer dekat dengan Mc Donald di KL Sentral. Lepas tu turun ke bawah dan naik bas ke LCCT dengan bas Aerobus yang berharga RM8. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam. Sampai di LCCT, terus check in beg dan dapatkan boarding pas.
Oh ya, lupa nak bagi tahu yang aku sudah check in awal-awal dari laman web AirAsia dan dah print boarding pass.
Waktu aku tengah berbaris nak drop luggage tu, baru aku teringat yang check in luggage aku ni belum scan !
Terus aku keluar barisan dan cari tempat scan luggage.. cari-cari tak jumpa. Akhir sekali aku tanya dengan seorang staff AirAsia yang berdiri di kawasan tu. Lepas tu dia kata, tak payah scan, daftar masuk sahaja terus...hehehehe terus aku malu sendiri..
Selama ni aku dah lebih 30 kali naik AirAsia.. tapi semua penerbangan domestik.. dan memang menjadi kelaziman dalam penerbangan domestik, beg kena masuk dalam mesin dulu untuk di scan oleh pihak keselamatan/Kastam.
Selama ni aku dah lebih 30 kali naik AirAsia.. tapi semua penerbangan domestik.. dan memang menjadi kelaziman dalam penerbangan domestik, beg kena masuk dalam mesin dulu untuk di scan oleh pihak keselamatan/Kastam.
Dah siap check in, tanpa berlengah lagi teruslah menuju ke balai berlepas. Lalu di kawasan pemeriksaan imigresen, tak sampai 15 saat dah lepas ! Teruskan pula ke bahagian Kastam dan Keselamatan. Aku dah siap-siap buka tali pinggang dan jaket semua.. handphone dah dan dompet dah masuk dalam bakul.. maka tak ada sebarang masalah.. lepas...
Tanpa berlengah lagi aku terus turun ke bahagian perlepasan...
Tapi...aku rasa macam ada yang kurang lah... apa dia?? fikir punya fikir.. rupanya jaket yang kau pegang tadi tertinggal di bahagian pemeriksaan keselamatan tu!!
Terus aku lari ke atas semula dan nasib baik, jaket tu masih ada di sana. Kalau tak beku kesejukan lah aku di Jepun nanti.
Waktu perlepasan pun tiba jua akhirnya, semua dah siap-siap berbaris. Flight malam tu memang penuh. Majoriti penumpang menurut pemerhatian ku adalah berbangsa cina dan juga orang Jepun sendiri. Orang Melayu pun ada juga tapi tak ramai. Yang paling sedikit orang India.. adalah dalam 2-3 orang...
Dalam pesawat aku tak buat apa-apa melainkan tidur... sebelum tidur aku dah siap-siap isi borang Kastam yang diedarkan oleh pramugari.. Mula-mula pramugari tu ingat aku orang Jepun.. tapi lepas tu dia tengok aku balik, aku pun cakap yang aku orang Malaysia..hehehe.. terus dia bagi borang dalam bahasa Inggeris. Perjalanan malam tu lancar tanpa ada sebarang turbulance.. Cuma sejuk !! Adalah dinasihatkan kepada bakal penumpang-penumpang AirAsia X agar memakai jaket atau membawa selimut ketika menaiki pesawat AirAsia X terutamanya pada waktu malam.
Maka akupun terlenalah di dalam pesawat AirAsia X D7532 yang sedang menuju ke Negara Matahari Terbit dengan kelajuan 800 KM sejam...
Comments
Post a Comment