PAKEJ PELANCONGAN BAJET KE TOKYO 6 HARI 5 MALAM
TOKYO BUDGET TOUR 6 HARI 5 MALAM
Sertai kami menerokai keunikan kota metropolis Tokyo dan keindahan Gunung Fuji pada tahun 2014 dan 2015 dengan harga terendah… dari RM2600..
TENTATIVE ITINERARY
Hari 01
- Tiba di Tokyo International Airport Haneda atau Narita. Check in di hostel atau hotel bajet.
Hari 02
- Lawatan ke Imperial Palace East Garden di kawasan istana maharaja.
- Lawatan ke Masjid Camii Tokyo (Masjid terbesar di Jepun)
- Lawatan ke Harajuku & Takeshita Street yang meriah dan terkenal dengan Japanese street fashion.
Hari 03 : Tokyo - Fuji Kawaguchiko - Tokyo
- Bertolak ke Stesen Kawaguchiko.
- Lawatan di sekitar Tasik Kawaguchiko yang indah dan berhadapan dengan Gunung Fuji.
- Menaiki Kachi-kachi Ropeway di kawasan Kawaguchiko Lake. Gunung Fuji yang indah boleh disaksikan dalam jarak dekat tanpa sebarang halangan di sini (tertakluk kepada cuaca).
- Kembali ke Stesen Shinjuku di Tokyo. Anda boleh melihat sendiri kesibukan stesen ini yang merupakan stesen kereta api tersibuk di dunia.
- Saksikan keindahan matahari terbenam dan pemandangan malam Bandaraya Tokyo dari Tokyo Metropolitan Government Building Observatories.
Hari 04 : Free & Easy
Hari 05 : Tokyo
- Lawatan ke Asakusa antaranya Sensoji Temple yang dibina pada kurun ke-7 dan Nakamise Shopping Street yang menawarkan pelbagai barangan dan cendera hati dengan harga yang murah.
- Lawatan ke Rainbow Bridge & Odaiba Beach.
- Odaiba Aqua City Mall yang terletak berhadapan dengan laut.
Hari 06 : Tokyo-Haneda
- Lawatan ke Shibuya & Akihabara.
- Berangkat balik ke Kuala Lumpur (sebelah malam).
• Pakej pelancongan ke Jepun secara lazimnya akan berharga RM 4500 ke atas. Pakej yang ditawarkan oleh kami adalah yang pertama seumpamanya kerana menggabungkan prinsip pelancongan bajet (budget backpacker traveller) dan dipadankan dengan konsep melancong secara berkumpulan (tour group)... Anda tidak perlu risau mengenai tiket kereta api, makanan, tempat penginapan atau masalah bahasa.. kerana semuanya akan diuruskan oleh pengiring merangkap pengurus program.
• HARGA PAKEJ HOSTEL (Bilik Mandi dan Tandas di luar bilik):
Rombongan 10 orang dan ke atas : RM 2300 seorang
Rombongan 5 orang dan ke atas : RM 2600 seorang.
Rombongan 4 orang : RM 2900 seorang.
Rombongan 3 orang : RM RM 3500 seorang.
Pasangan 2 orang : RM 4600 seorang.
*** Caj tambahan RM 200 seorang akan dikenakan bagi ketibaan/keberangkatan balik melalui Narita International Airport. Tiada caj tambahan bagi Haneda.
• HARGA PAKEJ HOTEL BAJET (Bilik Mandi dan Tandas di dalam bilik):
Rombongan 10 orang dan ke atas : RM 2600 seorang
Rombongan 5 orang dan ke atas : RM 2900 seorang.
Rombongan 4 orang : RM 3200 seorang.
Rombongan 3 orang : RM RM 3800 seorang.
Pasangan 2 orang : RM 4900 seorang.
*** Caj tambahan RM 200 seorang akan dikenakan bagi ketibaan/keberangkatan balik melalui Narita International Airport. Tiada caj tambahan bagi Haneda.
TERMA DAN SYARAT
HARGA TERMASUK :
-Penginapan bajet 5 malam di Jepun. Bilik private single, twin, triple atau quad sharing di hotel bajet/ hostel. Tertakluk kepada kekosongan. Tandas dan bilik mandi bagi jenis penginapan "hostel" terletak di luar bilik tidur. Tandas dan bilik mandi bagi pakej "hotel bajet" terletak di dalam bilik tidur.
- Tambang kereta api dan bas awam di Jepun.
- Tiket masuk ke tempat yang dilawati.
-Pengiring berbahasa Melayu-English-Jepun asas.
- Airport transfer dari dan ke Tokyo International Airport, Haneda.
• HARGA TIDAK TERMASUK :
- Tiket penerbangan pergi balik ke Haneda/ Narita Airport,
- Perbelanjaan membeli belah di Jepun,
- Makanan dan minuman sepanjang berada di Jepun. Pada waktu lawatan, peserta akan dibawa singgah ke restoran makanan halal. Harga makanan hendaklah dibayar terus kepada restoran mengikut menu yang dipesan. Anda juga boleh makan makanan sendiri sekiranya tidak mahu membeli makanan di restoran yang kami cadangkan.
- Kos perjalanan dari/ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan insurans.
• Secara umumnya, lawatan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Anda boleh pilih tarikh yang menawarkan harga tiket penerbangan terendah. Walaubagaimanapun, tarikh lawatan adalah tertakluk kepada kekosongan (availability) dari pihak kami. Sila buat pengesahan dari kami terlebih dahulu sebelum menempah tiket penerbangan. Tempahan tiket pesawat hendaklah dilakukan oleh ahli rombongan sendiri.
• Selain Tokyo, destinasi lain seperti Osaka-Kansai dan Hiroshima juga boleh dibuat atas permintaan anda. Harga pakej adalah berbeza. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
• Makanan ditanggung halal. (Tidak termasuk dalam harga pakej).
• Tour biasanya akan mengambil masa dari 8 jam sehari (Kecuali pada hari pertama atau hari terakhir, bergantung pada penerbangan). Tetapi masa lawatan boleh dipanjangkan oleh pengiring/pemandu pelancong mengikut kesesuaian sehingga maksimum 10 jam sehari tanpa sebarang caj tambahan. Pertambahan masa berikutnya tertakluk kepada caj tambahan RM 100 bagi setiap jam.
• Bayaran deposit RM 500 seorang hendaklah dibuat sewaktu tempahan dilakukan. Bayaran penuh hendaklah dibuat paling lambat 2 minggu sebelum tarikh keberangkatan.
• Lawatan di Jepun akan menggunakan 100% pengangkutan awam (tren, subway dan bas awam). Tiada bas persiaran yang akan disediakan. Tambang pengangkutan awam ini termasuk dalam harga pakej.
• Susunan jadual lawatan boleh dipinda pada bila-bila masa oleh pihak pemandu pelancong bergantung kepada keadaan dan kesesuaian.
• Maklumat lanjut, hubungi Ali (Co-founder & Marketing Director) di talian 014-3568929 atau Rezz (Founder & Managing Director) emel messrs_rezzs@yahoo.com, nombor telefon 013-3119194/010-7880603.
• Jemput like dan layari page facebook kami www.facebook.com/jomkejepun untuk promosi lawatan ke Jepun yang terkini dan pelbagai maklumat menarik berkenaan Jepun.
Comments
Post a Comment