Posts

Showing posts from December, 2013

Autumn in Japan : Part 9 Hari ke-2 (Kyoto & Kobe)

Image
Tiba di bandar Kyoto, kami menaiki bas menuju ke restoran untuk makan tengah hari... Jalan raya di tengah kota Kyoto.. memang tidak sesibuk Osaka.. pohon-pohon ginkgo yang berwarna kuning keemasan berbaris di sepanjang jalan... memang betul-betul feel autumn in my heart.. Restoran yang menjadi pilihan kami untuk makan tengah hari di Kyoto ialah Rose CafĂ©.. sebuah restoran makanan Turki yang menyajikan makanan halal.  Berkemungkinan besar adalah satu-satunya restoran halal di tengah kota Kyoto ini… Menyeberang jalan menuju ke Rose Cafe.. kedai kaca hitam depan pokok tu lah Rose Cafe Berikut adalah menu dan harga makanan di sini…

Autumn in Japan : Part 8 Hari Ke-2 (Kyoto)

Image
Setibanya di Arashiyama Station, suhu dan angin sejuk menerpa ke wajah... lebih sejuk dari di Takarazuka tadi...  Tapi alhamdulillah..cuaca sangat-sangat baik....cerah.. angin bertiup sepoi-sepoi language... Aki dah siap-siap pakai sarung tangan... sebab sejukkkk..... Dari stesen, kami berjalan kaki menuju ke arah sungai Oi yang terkenal di Arashiyama ini... Pengunjung memang ramai.. lebih ramai dari di Minoh Park semalam... Jalan dari Arashiyama Station menuju ke kawasan tarikan utama di Arashiyama.. Kurang dari 15 minit berjalan kaki melalui jalan ini... kawasan pergunungan Arashiyama sediakan tersergam indah, menjadi latar belakang kawasan ini.. Cantikkan?? dengan warna kuning-merah musim luruh.. memang sangat-sangat cantik.. Sepasang suami isteri orang Jepun bersama baby mereka.. mereka minta tolong kami ambilkan gambar... comell... kadang-kadang aku tengok muka orang Jepun ni lebih kurang sahaja dengan muka orang-orang Borneo..heheheh Sel

Autumn in Japan : Part 7 Hari ke-2 (Bertolak ke Kyoto)

Image
29 November,  hari kedua aku berada di Negara Matahari Terbit... Aku bangun dalam jam 6.30 pagi... Matahari terbit di Jepun pada jam 7 pagi... Pemandangan pada waktu pagi dari tingkap rumah Aki... masih gelap lagi waktu ni.. memang sejuk sangat... Tapi ada juga yang jogging, berbasikal atau pun bersiar-siar dengan anjing mereka.. Selepas bersiap-siap dan bersarapan semua.. kami pun bertolak keluar rumah... aki bawa bersamanya sebakul sampah untuk diletakkan di bahagian bawah apartment.. hari ini ialah hari kutipan sampah... Sampah di Jepun ini harus dibahagikan mengikut jenis-jenis sampah seperti kertas, tin dan botol.. tak boleh main campur semua sahaja seperti di Malaysia.. mereka mengamalkan sepenuhnya kitar semula.. setiap jenis sampah akan dikutip pada hari yang berbeza... seandainya sampah itu bercampur, ia tidak akan dikutip... dan untuk tujuan ini, plastik sampah mestilah jernih (transparent), tak boleh plastik hitam... Tin, botol atau plastik

Autumn in Japan : Part 6 Hari Pertama (Osaka, Amagasaki & Takarazuka)

Image
Selepas kira-kira 40 minit menaiki tren dari Minoo Station, kamipun tiba di Umeda Station... Hari dah hampir gelap pada waktu itu.. Kami pun pergi ke Mc Donalds untuk minum kopi/teh bagi memanaskan badan... Aki belanja aku teh di sini.. dia yang beratur di kaunter.. aku terus naik ke tingkat atas... ramai betul orang-orang Jepun di McD ni.. kebanyakannya pelajar.. Di McD Jepun ni, mereka gunakan teh Lipton.. Uncang teh, gula dan krimer diletakkan berasingan.. dalam cup hanyalah air panas kosong sahaja... krimer pula ialah jenis cecair bukan serbuk.. gula memang sikit... Orang Jepun ni kalau minum teh memang tak suka manis... Harga kalau aku tak salah 150 Yen (+/- RM4.50) secawan.. Di McD atau mana-mana restoran makanan segera atau food court di Jepun ni, kita mesti membersihkan meja dan mengangkat bekas makanan ke bahagian pembuangan sampah... Tak boleh tinggalkan atas meja macam di Malaysia... Aku buang sendiri tak lepas minum??.... Tak...hehehe.. Aku tanpa rasa bersalah

Autumn in Japan : Part 5 Hari Pertama (Minoh)

Image
Dari Osaka Castle, kami kembali semula ke stesen Tanimachi 4-Chome dan menaiki subway Tanimachi Line menuju ke stesen Higashi Umeda... "Higashi" dalam bahasa Jepun bermaksud "timur".. stesen ini terletak dalam kawasan yang sama dengan stesen Umeda, stesen Nishi Umeda dan stesen Osaka (JR Line). Di stesen Umeda, aku menemani Aki yang ingin makan tengah hari dahulu di sebuah food court dalam department store yang terdapat di stesen itu.  Aku makan ke tidak?......... Tak !  Sebab aku tak pasti kalau makanan tu ada bercampur makanan yang tidak halal atau pun tidak..  Aku berazam, selagi ada bekalan makanan ku dari Malaysia ini, selagi itu aku tidak akan beli makanan di Jepun, kecuali kalau yang memang sah-sah halal untuk di makan.. lagi pun aku nak jimat duit... Food Court tempat si Aki makan.. aku temankan sahaja. Aki pun ok dan memahami aku.. aku sudah bagi tahu awal-awal yang berkemungkinan besar aku akan hanya makan makanan yang   dibawa dari Malay