Pakej Lawatan Bajet Osaka - Kyoto (Autumn 2015)


Berikut ialah tarikh "Open Group" dan syarat-syarat bagi lawatan 6 hari 5 malam ke Osaka-Kansai pada musim luruh tahun ini :




Bila Tarikh Lawatan Dan Berapa Harga Pakej ??

** Tarikh lawatan untuk "open group" ada 4 siri :

1) Kumpulan Pertama (awal musim luruh) : 18 September hingga 23 September (6 hari 4 malam). Harga Pakej RM 1900 seorang. Kanak-kanak bawah 12 tahun RM 1600. Bayi percuma.

2) Kumpulan ke-2 (Pertengahan musim luruh) : 10 Oktober hingga 15 Oktober (6 hari 5 malam).Harga Pakej RM 2000 seorang. Kanak-kanak bawah 12 tahun RM 1700. Bayi bawah 2 tahun percuma.

3) Kumpulan ke-3 (kemuncak musim luruh, waktu terbaik ! ) : 21 November hingga 26 November. (6 hari 5 malam). Harga Pakej RM 2000 seorang. Kanak-kanak RM 1700 seorang. Bayi bawah 2 tahun percuma.

4) Kumpulan ke-4 (akhir musim luruh): 30 November hingga 5 Disember. Harga Pakej RM 2000 seorang. Kanak-kanak RM 1700. Bayi percuma.

----------------------------------------------------------------------------
Apa Yang Termasuk Dalam Harga Pakej ?

1) Penginapan bilik single/double/twin/triple di hostel/hotel bajet (Japanese Style/Western Style) dengan bilik mandi dan tandas terletak di luar bilik. Dapur disediakan.

2) Semua kos pengangkutan awam (tren dan bas awam) sepanjang lawatan mengikut itinerary.

3) Bayaran dan tips kepada pemandu pelancong.

4) Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan berdasarkan jadual lawatan.

------------------------------------------------------------------------------

Apa Yang TIDAK Termasuk Dalam Harga Pakej ?

1) Tiket penerbangan ke Kansai International Airport. Anda boleh menempah sendiri tiket penerbangan menggunakan AirAsia X. Penerbangan lain seperti MAS, akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM 100 bagi setiap peserta melainkan sekiranya waktu ketibaan dan berlepas balik sama seperti waktu penerbangan AirAsia X.

2) Perbelanjaan makanan dan minuman. Guide akan membawa anda ke restoran halal yang berdekatan tempat lawatan. Peserta hendaklah memesan sendiri dan membuat pembayaran terus kepada restoran yang terlibat. Anggaran kos makanan ialah RM 30 untuk satu hidangan. Untuk penjimatan, peserta juga boleh membawa bekalan makanan dari Malaysia.

3) Insurans perjalanan dan perbelanjaan lain yang tidak termasuk dalam itinerary.

4) Kos tambahan yang mungkin timbul akibat kelewatan/penangguhan/pembatalan penerbangan perlu ditangung oleh peserta lawatan. Begitu juga kos tambahan yang mungkin timbul akibat kelewatan atau kegagalan peserta mengikuti garis masa yang ditetapkan oleh guide.

-------------------------------------------------------------------------------

Berapa Orang Had Peserta Dalam Satu-satu Kumpulan?

1) Bilangan maksimum peserta dalam satu-satu kumpulan ialah seramai 15 orang dewasa. Kami mengamalkan prinsip "first come and first served".

------------------------------------------------------------------------------
Tentative Itinerary :

1) Hari Pertama : Ketibaan, Lawatan ke Nara (Nara Park & Todaiji), Check-in di hostel.

2) Hari ke-2 : Full Day Osaka (Osaka Castle, Tempozan, Umeda Sky Building)

3) Hari ke-3 : Osaka (Namba, Dotonbori dan Shinsaibashi Free and Easy)

4) Hari ke-4 : Kobe (Kobe Harborland, Kobe Mosque dan Kobe Ropeway di Gunung Rokko)

5) Hari ke-5 : Kyoto (Arashiyama-Hutan Buluh, Masjid Kyoto, Gion)

6) Hari ke-6 : Berlepas balik ke Malaysia

------------------------------------------------------------------------------

Saya Bercadang Untuk Membuat Lawatan Selama 5 Hari 4 Malam Sahaja..... atau Saya Bercadang Untuk Berada di Jepun Selama 7 Hari 6 Malam, Boleh Tak?

1) Pada prinsipnya, boleh. Anda akan diberikan potongan harga atau tambahan harga mengikut mana yang berkenaan.

------------------------------------------------------------------------------

Bila Waktu Terbaik Untuk Lawatan ?

1) Waktu terbaik dan paling cantik pada musim luruh ialah pertengahan November hingga penghujung November kerana pada waktu ini daun-daun kebanyakannya bertukar warna menjadi merah-kuning-keemasan. Keindahannya sukar digambarkan dengan kata-kata.

2) Awal musim luruh secara amnya daun-daun masih hijau tetapi suhu mulai menjadi sejuk.

3) Awal Disember pula, kebanyakkan daun sudah mulai jatuh. Tetapi secara lazimnya masih ada pokok-pokok yang berdaun dan berwarna merah/kuning.

------------------------------------------------------------------------------

Saya Berminat, Apa Yang Perlu Saya Lakukan Sekarang ?

Berikut ialah langkah demi langkah mudah yang perlu anda ambil.

1) Anda perlu menghubungi kami terlebih dahulu melalui mesej peribadi di laman Facebook ini atau melalui emel messrs_rezzs@yahoo.com atau melalui whatsapp 010-7880603 atau melalui sms/panggilan telefon ke 014-3568929. Sila nyatakan nama anda, bilangan peserta lawatan (dewasa/kanak-kanak/bayi) dan tarikh pilihan. 

2) Sekiranya kami telah membalas emel/mesej anda dan telah memaklumkan bahawa masih terdapat kekosongan pada tarikh pilihan anda, maka anda hendaklah menempah tiket penerbangan ke Kansai International Airport dalam kadar yang segera.

3) Sila kirimkan kepada kami butir-butir penerbangan yang telah anda tempah.

4) Sila buat pembayaran deposit sebanyak RM 500 bagi setiap peserta. Selagi bayaran deposit belum dibuat, pihak kami berhak untuk menawarkan tempat yang ada kepada pihak lain.

5) Sila buat pembayaran penuh tidak lewat dari 2 minggu sebelum tarikh lawatan.

6) Hari lawatan tiba.. Selamat Bercuti di Negara Matahari Terbit.

***** JEMPUT layari page Facebook kami Jom ke Jepun di www.facebook.com/jomkejepun

Comments

Popular posts from this blog

Tips Melancong Ke Jepun

Sejarah dan Salji : Osaka-Kyoto-Tateyama 6 Hari 5 Malam

PAKEJ PELANCONGAN BAJET KE OSAKA-KANSAI, JEPUN.