Autumn in Japan : Part 10 Hari ke-3 (Bertolak ke Hiroshima)
Alarm handset ku berbunyi jam 5 pagi...
Hari ni aku akan memulakan perjalanan ke barat, menuju ke Hiroshima sejauh kira-kira 400 KM secara bersendirian.. Tak ada lagi tour guide aku si Aki ni mengiringi..
Selepas bersiap apa yang patut, aku pun melihat jam... Sudah jam 6 !!! Ehh..cepat pula masa berlalu.. hidup atau mati aku harus berada di perhentian bas Torishima dekat rumah Aki sebelum jam 6.08... menurut Aki, bas terawal pada hari itu, akan berhenti di Torishima tepat jam 6.08 pagi....
Aku pun apa lagi, terus angkat beg.. cakap bye2 dengan si Aki yang masih mamai-mamai dan terus memecut berlari ke bus stop Torishima yang terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki dari rumah Aki.. Dengan bebanan di belakang badan yang terpaksa ku pikul.. serta beg yang menyangkut di bahagian depan badan ku...
Sejuk tak payah cakap.. waktu tu masih gelap.. memang sejuk... Lepas termengah-mengah berlari, aku pun tiba di bus stop Torishima pada jam 6.06... lega... sebab kalau aku tertinggal bas ni, memang tak sempat nak ambil bas express ke Hiroshima..
Sebenarnya pagi ni aku akan menaiki bas Willer Express buat pertama kali menuju ke Bandar Hiroshima, ibu kota Wilayah Hiroshima.. terminal bas Willer Express ni terletak di Osaka.. di Umeda Sky Building yang aku pun tak pasti di mana.. yang aku tau, tempat tu tak jauh dari Osaka-Umeda Station... Perjalanan dari Takarazuka menuju ke Umeda Station akan mengambil masa 1 jam... Aku kena naik bas dari rumah Aki ke Takarazuka Station dan kemudiannya naik tren Hankyu Takarazuka Line menuju ke Umeda Station.. Dijangka tiba di Umeda pada jam 7.05..dan bas Willer akan berangkat ke Hiroshima pada jam 7.30 pagi.. aku ada 25 minit untuk menjejak di manakah lokasi sebenar terminal bas Willer tersebut...
Aku pandang jam tangan, sekarang dah pukul 6.07.. di hujung jalan sana sudah kelihatan bas menuju ke bus stop tempat aku menunggu... waktu itu hanya ada aku dan seorang lelaki lagi di sana.. dia memakai sut, nak pergi kerja... Aku tiba-tiba rasa musykil, inikah bas yang menuju ke Takarazuka Station???
Terus aku teringat yang Aki ada bagi tau, semua bas akan pergi ke Takarazuka Station..
Tepat jam 6.08, bas pun berhenti di bus stop Torishima.. Tepat !! Tak kurang seminit.. tak lebih seminit ! Hebat betul sistem pengangkutan awam di Jepun ini...
Masuk dalam bas, duduk diam-diam... Aku mula rasa janggal... sebab selama dua hari ni ikut si Aki sahaja ke sana ke mari.. tak perlu risau apa-apa... sekarang ni rasakan !! seorang-seorang di bumi asing...hehe.. Terus aku rasa macam kerdil ja.. kadang-kadang rasa tak selamat pun ada...
Bas terus meluncur laju menuju ke Takarazuka Station.. Hari ni buat pertama kalinya aku perlu membayar tambang dengan wang tunai.. 2 hari sebelum ni guna Kansai Pass...
Aki dah bagi tahu siap-siap yang tambang bas ialah 210 Yen (kira-kira RM 6.50).. Tapi dalam bas, aku cek-cek wang syiling, aku ada 250 Yen.. Dan harus diketahui bahawa bas di sini tidak akan memberikan wang baki.. bayaran haruslah tepat...
Tak apa lah..kataku.. bayar sahajalah 250 Yen.. Halal sahajalah 40 Yen tu...
Tak lama lepas tu, tibalah aku di Stesen Takarazuka... Lepas bayar tambang bas, terus aku berlari menyeberang jalan menuju ke Hankyu Takarazuka Station.. Takarazuka Station ni ada 2 bahagian : JR Takarazuka dan Hankyu Takarazuka.. Bas ni berhenti di depan JR Takarazuka Station.. Kalau nak ke Hankyu Station, perlu menyeberang jalan..
Tiba di stesen Hankyu Takarazuka, aku terus menuju ke mesin membeli tiket tren.. semalam Aki dah ajar macam mana nak beli tiket.. Mula-mula tekan berapa harga tiket ke destinasi yang ingin kita tuju.. Contohnya macam aku ni dari Takarazuka ke Umeda Station ialah 270 Yen (RM 8.50).. lepas tu masukka lah duit.. syiling boleh.. duit kertas pun boleh.. maka selepas itu, keluarlah tiket beserta wang baki seandainya ada...
Mesin tiket tren Hankyu Line..Foto sumber Flickr.. tak ada masa nak tangkap gambar..nak cepat waktu ni.. |
Selepas aku dah bayar, keluarlah sekeping kertas kecil... Aku pun heran.. Ehhh..mana tiketnya?? Kataku.. ini apa ni?? Aku bercakap seorang sambil memegang sekeping kertas yang kecil.. semua tulisan Jepun..
Sebenarnya, itulah tiket !! Memang aku tak sangka lah tiket di Jepun ni kecil.. tak ada rupa tiket tren pun.. Ialah aku kan dah biasa naik KTM Komuter atau KLIA Transit.. tiket di Jepun ni separuh dari saiz tu...
Contoh tiket.. kecil kan?? Sila masukkan tiket di gate ikut arah anak panah hitam tu.. Foto sumber Google |
Tiket Gate di Takarazuka Hankyu Station.. Foto sumber Wikipedia |
OK..dah selamat beli tiket, jangan tunggu lama-lama lagi, teruslah menuju ke platform untuk menaiki tren menuju ke Umeda.. signboard memang clear platform mana yang harus dituju.. selain itu, di badan tren pun ada tulis destinasi tujuan...
Walau bagaimanapun, aku sekali lagi berasa tidak yakin.. di badan kereta api tertulis perkataan Umeda.. tapi tren ni jenis Express... Maknanya, ia hanya akan berhenti di stesen utama sahaja sebelum ke Umeda..
Boleh kah aku naik tren Ekspress dengan tiket ni?? Bukan tren Express kena beli tiket lain yang lebih mahal kah?? Tanyaku dalam hati...
Aku pun berdiri terpinga-pinga sana, macam kerbau masuk bandar.. boleh ke tak ni???
OK..buat pertama kalinya, aku bertanya arah tujuan daripada orang tempatan... dan lidah ku terasa kelu untuk mengatur ayat dalam bahasa Jepun...
Sumimasen, kono densha wa Umeda Eki ni ikimasuka? (Maaf, tren ni pergi ke Stesen Umeda kah?) Tanyaku kepada seorang mak cik yang hendak menaiki tren itu juga...
Hai, soo desu..(Yer..betul) Jawabnya..
Kono kippu wa ii desuka?? (Tiket ni boleh guna kah??) Tanyaku lagi sambil menunjukkan tiket 270 Yen ku kepadanya...
Hai ! Ii desu yo..(Yer ! boleh) Jawab mak cik itu...
Arigatou gozaimasu (terima kasih) kataku sambil tunduk hormat dan terus masuk ke dalam tren.. banyak tempat duduk.. mungkin sebab hari tu hari Sabtu.. tak ramai yang pergi kerja.. kalau tak memang jarang lah dapat tempat duduk...
Tapi... entah kenapa aku masih rasa tak yakin.. macam mana kalau tren ni tak pergi Umeda... macam mana kalau mak cik tadi tu salah... memang aku tak sempat naik bas ke Hiroshima lah jawabnya...
Duduk tak jauh dari aku ialah seorang lelaki dengan pakaian ofis, berumur lingkungan lewat 30-an...
Terus aku dekati dia.. Sumimasen, Eigo o hanasemasu ka? (Maaf, boleh bercakap bahasa Inggeris tak?) Tanyaku kepada lelaki itu.. Dengan bahasa Jepun ku yang terhad dan baru berusia beberapa bulan ni, aku berasa jauh lebih selesa dan selamat kalau boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.. Lagi pun lelaki ni nampak korporat, mesti boleh cakap English...
Iie..Sukoshii dake (Tidak, cuma sedikit-sedikit sahaja).. jawabnya.. maka aku pun teruskan dalam bahasa Jepun..
Kono densha wa, Umeda Eki ni ikimasu ka?? (Tren ni menuju ke Umeda Station kah?).. Aku ulang pertanyaan yang sama.
Soo..soo..(Yer..yer...) Katanya............
Selepas lelaki tu conformkan yang tren ini menuju ke Umeda.. aku pun lega.. dan rasa bimbang ku itu pun hilang... Aku bukan apa, kalau aku salah naik tren, memang tak akan cukup masa untuk ke terminal Willer.. maknanya aku akan tertinggal bas ke Hiroshima.. Kalau kena tinggal bas, macam mana aku nak ke Hiroshima???? Duit aku bukan banyak nak beli tiket baru.. lagi pun tambang bukan murah.. harga ratus-ratus....
Aku pun kembali semula ke tempat duduk ku...
Lepas tu lelaki tu datang lagi ke tempat duduk ku, dia tunjukkan kepada ku telefon pintarnya... di skrin kelihatan jam 7.05 pagi.. dia beritahu aku yang tren ini akan tiba di Umeda Station pada jam 7.05 pagi...
Sanggup pula dia bangun dari tempat duduknya sebab nak bagi tau aku.. memang orang Jepun ni suka menolong.. Terus dia terangkan lagi sambil menunjukkan kepada ku peta stesen yang terpampang di dinding tren.. Dia tunjukkan kepada ku yang Umeda merupakan stesen terakhir...
Wakarimashita..arigatou gozaimasu.. (Saya faham..terima kasih banyak)..Kataku kepadanya...
Daijoubu (Tidak apa-apa)..jawabnya pula dan dia kembali ke tempat duduknya semula...
Aku mula rasa suka dengan Jepun ni... walau pun orang-orang Jepun ni nampak sombong pada mulanya.. duduk diam sahaja tanpa pandang kiri-kanan..muka pun macam stress.. tetapi sebenarnya diorang ni sangat bermurah hati dalam memberikan pertolongan...
Cuma orang Jepun ni agak pemalu.. terutama kalau kita bawa bercakap bahasa Inggeris.. Mereka tak faham dan takut tak boleh berkomunikasi dengan kita.. Bagi mereka ini memalukan.. tetapi kalau kita boleh berbahasa Jepun walaupun sedikit... mereka akan rasa lebih relax...
Sampai di satu stesen tu, lelaki ni pun turun.. tetapi sebelum turun, dia sekali lagi mendekati ku...
Tsugi wa Umeda Eki (Stesen selepas ini ialah Umeda)...katanya... Dia pun terus turun...
Sekali lagi aku berterima kasih... Nampak tak?? Tengah sibuk-sibuk nak turun dari tren sempat lagi singgah di tempat duduk ku untuk bagi info... memang aku respect sangat lah orang-orang Jepun ni... Kalau di Malaysia ada kah macam ni?? Kalau setakat jawab soalan tu ada lah kot.. tapi kalau nak melencong semata-mata nak bagi informasi dekat pelancong asing tu..mungkin susah nak cari.
Tak lama lepas tu, aku pun tiba lah di stesen Umeda..tepat jam 7.05 pagi...
Lepas tu, terus berlari ke ticket gate..takut tak sempat...
Keluar sahaja dari gate, aku sekali lagi hilang arah tujuan.. Sebenarnya aku dah tengok peta lokasi Willer Bus terminal tu.. tapi cuma tengok sekali imbas lah.. tak print pun peta tu atau save di HP... konon-konon dekat.. senang nak cari...
Masalahnya..stesen umeda ni besar gila-gila.. ada berpuluh-puluh pintu keluar.. yang mana satu menuju ke Willer Bus Terminal???
Aku terus menuju ke Information Counter yang terletak tidak jauh dari gate.. Mula-mula aku ingat di Information Counter ni staff boleh cakap English.. sama juga... tak pandai !
Tapi diorang sangatlah membantu, dia tunjukkan arah mana yang aku harus ikut... terus aku berjalan cepat menuju ke pintu keluar yang telah diberitahu kepada ku..
Bila aku keluar dari Stesen Umeda sahaja, sekali lagi aku bingung... banyak bangunan tinggi. di kiri..di kanan.. di depan.. di belakang...
Aku pun jadi keliru... hilang pedoman... Tapi manusia boleh tahan ramai.. berjalan laju macam semut...
Terus aku tahan seorang lelaki, yang mungkin muda setahun-dua dari aku..
Aku tanya kalau dia tau di mana Willer Bus Terminal yang terletak di Umeda Sky Building...
Terus dia suruh aku ikut dia.. Jalan dalam seminit... Lepas tu dia tunjuk sebuah bangunan tinggi yang terletak jauh diseberang jalan dan dipisahkan oleh suatu kawasan pembinaan yang luas...
Dia pun minta maaf sebab dapat tolong sampai di sini sahaja.. Aku berterima kasih dan dia terus masuk ke dalam Osaka Station.. tempat di mana aku berpijak sekarang... Osaka Station ni sebenarnya disambungkan dengan Umeda Station melaui laluan bawah tanah dan juga jambatan pejalan kaki di atas paras tanah...
OK ! Sekarang ni aku berada di Osaka Station.. Umeda Sky Building dah nampak depan mata ! Jauh !!! Aku ingatkan dekat dalam 2-3 langkah sahaja dari Osaka Station..
Jam dah 7.15 Pagi ! Bas bertolak tepat jam 7.30 pagi !!
Aku apa lagi, terus berlari menuju ke Umeda Sky Building..dengan beg 10 kilo...
Masalahnya, Osaka Station dan Umeda Sky Building ni dipisahkan oleh jalan raya dan kawasan pembinaan yang luas.. Macam mana nak ke sana??
Aku pun tanya pula pada seorang polis ni.. Aku tak berapa faham.. yang aku faham dia kata jalan terussss sahaja... Aku pun berlari terus hingga tiba di tepi jalan besar...
Mati akal..macam mana nak menyeberang.. seberang jalan 1 hal.. lepas tu tak kan lah nak lalu di tapak pembinaan pula?
Aku tanya pula seorang pak cik tua ni. dia pun tunjukkan lah kepadaku terowong bawah tanah di hadapan..
Aku terus berlari.. gila-gila punya laju.. sebab dah dekat jam 7.20 dah waktu itu...
Terus masuk ke terowong pejalan kaki... panjang gilaaa terowong ni... Aku terus memecut selaju yang mungkin.. selaju laju laju laju yang mungkin... pengsan pun tak apa janji sampai di Willer Bus Terminal sebelum bas bertolak !!
Laju dah orang Jepun berjalan, tapi aku 100 kali lagi laju dari diorang.. semua orang Jepun yang lalu dalam terowong tu hairan tengok aku berlari pecut pada kelajuan peluru...
Laju dah orang Jepun berjalan, tapi aku 100 kali lagi laju dari diorang.. semua orang Jepun yang lalu dalam terowong tu hairan tengok aku berlari pecut pada kelajuan peluru...
Akhirnya, aku keluar dari terowong dan sampai di hadapan Umeda Sky Building... Terminal Bas Willer terletak di tepi tu sahaja.. siap ada ofis dan lobi sekali macam airport...
Alhamdulillah... aku sempat sampai..kira-kira 5 minit sebelum bas bertolak...LEGAaAaAaAaAaaaaa................ Syukur alhamdulillah...
Terus tunjuk pasport pada petugas, diorang tandakan nama aku pada borang dan bagi tahu nombor kerusi.. beg besar diorang letak di bahagian bawah bas...
Memang lega... terus aku tersandar di kerusi bas...hahahah... memang permulaan yang gila hari ni... Dengan suhu sejuknya.. dengan berat beg.. terpaksa berlari.. bukan lari-lari ayam ! Lari yang laju macam harimau bintang tu !! Bayangkan lah... Dengan belum sarapan pagi lagi !!
Kalaulah tren di Jepun ni macam KTM Komuter di Malaysia yang selalu delay, memang SUMPAH aku tak sempat naik bas ni tadi.. Syukurlah sebab semua bas dan tren yang aku naik dari rumah Aki tadi tepat..on time..
OK..mesti ada yang tertanya-tanya.... kenapalah aku ni PINTAR sangat pergi ambil bas awal-awal pagi jam 7.30.. Kenapa tak ambil bas yang lewat sikit kah??
Baiklah.. sebenarnya aku pun was-was nak ambil bas jam 7.30 pagi dari Umeda Station di Osaka ni.. Sebab aku tinggal di Takarazuka City.. bukan Osaka City.. Ibaratnya Takarazuka ni Seremban.. Osaka pula KL.. Terletak di dua buah City (Bandar) dan Prefecture (Wilayah atau macam negeri di Malaysia) yang berbeza... boleh tahan la jauh juga kan...
Sebenarnya silap aku juga, sebab mula-mula aku ingat adalah bas awal dalam jam 5.30 pagi kah dari rumah Aki.. Rupa-rupanya first trip jam 6.08 pagi..
Lagi satu, kalau boleh memang aku nak ambil bas yang seawal mungkin dari Osaka.. Sebab lagi awal aku bertolak, lagi awallah aku akan tiba di Hiroshima.. Di sana nanti aku nak menjelajah beberapa tempat pada hari ini.. Jadi, kalau aku bertolak lewat, takut tak cukup masa pula nak menjelajah Hiroshima.. Pukul 4.30 petang dah malam dah... Hiroshima ni pula bukan dekat.. 5 jam 30 minit perjalanan dengan bas..
Apa-apapun aku sangat bersyukur.. rasa nak sujud syukur dalam bas tu pun ada..haha..

Tepat jam 7.30 pagi, bas pun bertolak menuju ke HIROSHIMA.. wilayah yang penuh dengan sejarah tragik yang menginsafkan dan keindahan alam semula jadi yang mempesona...
Dalam bas Willer ni sangatlah selesa sebab suhunya suam-suam kuku..'warm-warm nail' kata orang putih... bukan macam di luar yang ibaratnya berada dalam peti sejuk... bolehlah tanggalkan segala aksesori yang tidak berkaitan seperti winter coat, glove, muffler, snow cap dan sebagainya ... ada tempat menggantung disediakan di tempat duduk... kasut pun bolehlah buka sekali.. asal tak berbau sudah...hehehehe...nanti pening para penumpang lain..

Pohon Ginko yang berwarna kuning pada musim luruh dan basikal orang Jepun.. foto pertama yang aku ambil pada hari ini... |
Sepanjang perjalanan ke Hiroshima, aku dihidangkan dengan pemandangan hutan gunung di Jepun yang sangat cantik ketika musim luruh ni.. kuning merah oren semuanya...
Sambil dengar lagu dan makan biskut..memang nikmat..
Lebuh raya di Jepun ni lebih kurang sahaja dengan Malaysia.. cuma signboard sahajalah dalam bahasa Jepun... Highway ni hampir 80% akan melalui kawasan tanah tinggi.. tapi lebuh rayanya lurus sahaja.. tak ada bengkang bengkok atau turun naik gunung macam di Karak tu.. Sebab di Jepun ni gunung-ganang ditebuk untuk dibuat terowong lebuh raya.. sepanjang perjalanan ada berpuluh-puluh terowong yang akan dilalui...
Kalau melalui lembah pula.. kenderaan akan melalui jambatan yang lebar dan tinggi.. kadang-kadang aku rasa macam naik kapal terbang sebab jambatan tu tinggi sangat.. beratus meter dari paras tanah di bawah.. menghubungkan antara 2 puncak gunung...
Di bawah kita boleh melihat kampung-kampung.. pekan.. sawah padi.. sungai.. kilang.. Memang cantik yang amat..
Oleh kerana rekaan lebuh raya seperti ini..kenderaan bergerak lurus sahaja.. tanpa perlu mendaki atau menuruni bukit.. masa pun jimat dan lebih selamat..
Sepanjang perjalanan, bas akan berhenti sebanyak 2 atau 3 kali.. antaranya di RnR Okayama...
Kawasan rehat di lebuh raya Jepun ni tak lah besar sangat macam sesetengah RnR di Malaysia.. tetapi cantik dan sangat bersih.. macam di taman pun ada dengan bunga-bunga berkembang..
Tandas selesa dan luas.. makanan dan minuman semua ada dijual.. tapi pilihan memang tak banyak.. aku beli minuman sahaja dari vending mesin...

RnR Okayama.. Di Okayama ni aku rasa kurang sikit sejuknya.. Sejuk tetap sejuk..tapi kurang..tak macam di Osaka.. |
Akhirnya.. tepat jam 12.50. bas pun tiba di Stesen Hiroshima yang terletak di tengah Kota Hiroshima yang menjadi ibu negeri Wilayah Hiroshima...
Comments
Post a Comment