Posts

Showing posts from July, 2014

Tips Melancong Ke Jepun

Image
Visa Mulai 1 Julai 2013, semua rakyat Malaysia yang memegang paspot biometric adalah dikecualikan daripada memohon visa. Dalam erti kata yang mudah, tak payah nak mohon visa kalau nak ke Jepun. Penerbangan Pada masa ini, syarikat tambang murah AirAsia X telah melancarkan 4 laluan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Kansai International Airport (Osaka), Chubu Centrair International Airport (Nagoya) dan Tokyo International Airport Haneda dan Narita International Airport. Harga memang antara yang terendah di dunia ! Saya pernah dapat perjalanan sehala Cuma RM199 termasuk segala cukai dan caj perkhidmatan.. Anda rajin-rajinlah membuka laman web AirAsia yer… Secara perbandingan, harga tiket penerbangan paling murah ialah ke Nagoya diikuti oleh Osaka dan yang paling mahal ialah Haneda (Tokyo). Seboleh-bolehnya, tempahlah tempat duduk di tepi tingkap.. sebab pemandangan kalau dah menghampiri tanah Sakura ni memang cantik.. boleh kejang leher sebab tertoleh-toleh di ti