Posts

Showing posts from January, 2014

PAKEJ PELANCONGAN BAJET KE OSAKA-KANSAI, JEPUN.

Image
PAKEJ PELANCONGAN MUSLIM & BAJET KE OSAKA-KANSAI, JEPUN.   INGIN MENYAKSIKAN KEINDAHAN NEGARA MATAHARI TERBIT PADA TAHUN 2014 DAN 2015 DENGAN HARGA TERENDAH ?? DIULANGI...HARGA TERENDAH DI MALAYSIA !! SERTAI KAMI !! TENTATIVE ITINERARY: HARI PERTAMA : Berlepas ke Kansai (Tengah Malam) Tiba di Kansai International Airport (Pagi). Lawatan ke Bandar Nara yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO (Nara Park, Todaiji Temple, Kofukuji Temple & Rasai pengalaman memberi makanan kepada rusa liar yang jinak). Kembali ke Osaka. Makan malam di Dotonbori. HARI KEDUA : Lawatan sehari di sekitar kota Osaka : Osaka Castle – Istana yang menjadi lambang kemegahan kota Osaka. Umeda Sky Building - Nikmati pemandangan dari tingkat atas bangunan ini. Museum of Housing and Living - Perkampungan lama Jepun dibina semula di dalam muzium ini. Sebelah malam, lawatan ke Shinsaibashi. Makan malam di sana. HARI KE-3 : Lawatan Osaka (Tempozan Giant Fe

Autumn in Japan : Part 10 Hari ke-3 (Bertolak ke Hiroshima)

Image
Alarm handset ku berbunyi jam 5 pagi...  Hari ni aku akan memulakan perjalanan ke barat, menuju ke Hiroshima sejauh kira-kira 400 KM secara bersendirian.. Tak ada lagi tour guide aku si Aki ni mengiringi.. Selepas bersiap apa yang patut, aku pun melihat jam... Sudah jam 6 !!! Ehh..cepat pula masa berlalu.. hidup atau mati aku harus berada di perhentian bas Torishima dekat rumah Aki sebelum jam 6.08... menurut Aki, bas terawal pada hari itu, akan berhenti di Torishima tepat jam 6.08 pagi.... Aku pun apa lagi, terus angkat beg.. cakap bye2 dengan si Aki yang masih mamai-mamai dan terus memecut berlari ke bus stop Torishima yang terletak  kira-kira 5 minit berjalan kaki dari rumah Aki.. Dengan bebanan di belakang badan yang terpaksa ku pikul.. serta beg yang menyangkut di bahagian depan badan ku... Sejuk tak payah cakap.. waktu tu masih gelap.. memang sejuk... Lepas termengah-mengah berlari, aku pun tiba di bus stop Torishima pada jam 6.06... lega... sebab kalau aku tertin