Posts

Showing posts from February, 2014

Autumn in Japan : Part 11 Hari ke-3 (Hiroshima-Miyajima-Fukuyama)

Image
Selepas kira-kira 4 jam perjalanan dengan bas dari dari Osaka, bas Willer Express yang aku naiki ini pun menuruni bukit.. tidak lama selepas itu terbentang di depan mata bandar Hiroshima yang pernah menjadi saksi kesengsaraan bom nuklear pada zaman Perang Dunia ke-2 dahulu.. Tepat jam 12.50, bas pun berhenti di Hiroshima Station.. tapi bukanlah betul-betul dihadapan stesen pun.. bas ni berhenti di depan kedai 7-11.. betul-betul tepi jalan raya utama.. Aku pun tergesa-gesa turun sebab aku takut kawan ku si Junya ni lama menunggu.. Oh..lupa nak bagi tau.. Sepanjang aku berada di Wilayah Hiroshima ini, aku akan bermalam di rumah kawan.. Junya namanya.. orang Jepun yang berasal dari Bandar Hamamatsu di Wilayah Shizuoka.. Dia baru beberapa bulan graduate dan bekerja di Bandar Fukuyama di Wilayah Hiroshima ni.. kali terakhir aku jumpa dia bulan Mac tahun 2013 di Kuala Lumpur.. semalam aku dah hantar mesej d FB Junya untuk conformkan yang aku akan tiba di Hiroshima jam 12.50..  Turun da